Powered by Blogger.

Thursday, October 20, 2011

120 Peserta Kem Pemantapan Akidah Peringkat Bahagian Kapit

  NR       Thursday, October 20, 2011

PARA peserta kem pemantapan akidah memasang kemah di Kapit, Sarawak, semalam.


KAPIT 19 Okt. - Lebih 120 peserta menyertai Kem Pemantapan Akidah Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Peringkat Bahagian Kapit yang diadakan di Masjid Jabal An Nur, di sini.

Program bertemakan Kemanisan Iman yang berlangsung selama dua hari satu malam itu melibatkan tiga buah sekolah menengah dan tujuh buah sekolah rendah.

Penyelaras program, Awang Saiful Awang Ahmad berkata, penganjuran itu bertujuan membentuk peribadi pelajar yang mempunyai asas keimanan kukuh merangkumi bidang ibadah, akidah dan kepimpinan.

“Ia juga bertujuan menerapkan dan menghayati nilai-nilai murni, mengamalkan cara hidup Islam, mengagungkan al-Quran, bertanggungjawab serta mementingkan kesihatan fizikal dalam mengharungi cabaran seharian,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Sekolah menengah yang mengambil bahagian di dalam program tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Selirik, SMK Kapit dan SMK Kapit No.2.

Sekolah Kebangsaan (SK) Kampong Baru, SK Kapit, SK Methodist, SK Sungai Kapit, SK Sungai Amang, SK Lepong Balleh dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Hock Lam.

Sementara itu, Awang Saiful yang merupakan Penolong Penyelia Unit Pendidikan Islam Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kapit berkata, kem tersebut sarat dengan pelbagai aktiviti berfaedah.

Antaranya kata, beliau adalah ceramah bertajuk Ancaman Aqidah serta Bahaya Ajaran Sesat, latihan dalam kumpulan (LDK), riadah, tazkirah dan qiamullail.

“Semua aktiviti yang diadakan ini bertujuan untuk membina jati diri pelajar serta memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi antara satu sama lain di samping mampu meningkatkan tahap keyakinan diri.

“Saya berharap melalui program ini, kami dapat melahirkan pelajar yang beriltizam dan istiqamah dalam melaksanakan tuntutan agama,” katanya.

- Utusan Sarawak
logoblog

Thanks for reading 120 Peserta Kem Pemantapan Akidah Peringkat Bahagian Kapit

Previous
« Prev Post

No comments: