BERJAYA AKHIRNYA: Cik Alimah Lob menunjukkan ijazah PhD yang diterima kepada suaminya, Encik Mohd Naim Daud
SERDANG: Keazaman untuk menamatkan pengajian doktor falsafah (PhD) Bahasa Melayu di Universiti Putra Malaysia (UPM), mendorong seorang nenek menempuh perjalanan hampir 300 kilometer dari Singapura ke Kuala Lumpur selama 10 tahun.
Warga emas yang memiliki lima cucu, Cik Alimah Lob, 65 tahun, mengakui terpaksa berulang-alik dari Singapura ke ibu kota Malaysia itu dengan menggunakan pelbagai jenis pengangkutan, termasuk kereta api dan kapal terbang.
Cik Alimah yang ditemani suaminya, Encik Mohd Naim Daud, 67 tahun, berkata tempoh 10 tahun untuk mendapatkan ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD memerlukan banyak pengorbanan, apatah lagi ia tidak membabitkan sebarang pinjaman.
'Banyak wang dikeluarkan bagi menampung pengajian, tambang perjalanan dan kos hotel, namun itu bukan alasan kerana ia bergantung pada minat serta kesungguhan menimba ilmu.
'Sebenarnya, saya merancang menyambung pelajaran ketika muda, namun tanggungjawab sebagai ibu membataskan pergerakan saya. Syukur hari ini hasrat itu menjadi kenyataan,' katanya ketika ditemui selepas majlis Konvokesyen ke-35 UPM di sini, kelmarin.
‘‘Ketika muda, peluang itu tidak datang disebabkan faktor kewangan dan kesuntukan masa menguruskan anak-anak yang kecil.
‘‘Kini setelah semua halangan berjaya ditempuh, saya dapat membuktikan kepada anak-anak dan saudara-mara bahawa apa yang saya lakukan telah berhasil,’’ ujarnya ketika ditemui selepas majlis Konvokesyen ke-35 Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, hari ini.
Menurut guru Bahasa Melayu di Bowen Secondary School, Singapura ini, rahsia kejayaannya adalah sentiasa berfikiran positif dan menjauhi segala elemen negatif yang berada di persekitaran.Cik Alimah antara 7,327 graduan yang menerima ijazah dan diploma masing-masing.
Menurutnya, biarpun usia sudah lanjut, ia bukan penghalang bagi menggapai cita-cita, sebaliknya membuatkan diri lebih matang dalam pembahagian masa sebagai isteri, ibu dan nenek dalam satu masa.'Kini setelah semua halangan berjaya diatasi, saya dapat membuktikan kepada anak-anak dan saudara-mara bahawa apa yang saya lakukan telah berhasil,' ujarnya.
Berjaya menamatkan pengajian PhD dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.85, beliau yang menjadi guru Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Bowen di Singapura mengakui menggunakan masa perjalanan ke UPM dengan mengulang kaji pelajaran ataupun memeriksa buku-buku pelajarnya.
Bagi menamatkan pengajian mengikut tempoh ditetapkan, Cik Alimah nekad membuat pembentangan tesisnya menggunakan kerusi roda sejurus menjalani pembedahan lutut pada tahun lalu.
Menurutnya, rahsia kejayaannya ialah sentiasa berfikiran positif dan menjauhi segala elemen negatif yang berada di persekitaran.
Menganggap Malaysia sebagai rumah kedua, beliau mengakui sistem pendidikan negara ini memiliki status tersendiri selain menawarkan kemudahan pelajaran seimbang.Majlis pengurniaan ijazah berkenaan disempurnakan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, selaku Canselor UPM. -- Metro Ahad, Mingguan Malaysia (16-10-2011)
No comments:
Post a Comment