Powered by Blogger.

Thursday, October 06, 2011

167 Pendidik, Kakitangan USIM terima Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi Tahun 2010

  NR       Thursday, October 06, 2011

DR. MOHAMAD Yusof Md. Noor (tengah) bersama penerima Anugerah Kecemerlangan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi Tahun 2010 (AKI'10) di USIM, baru-baru ini.


SEREMBAN 4 Okt. - Seramai 167 tenaga pendidik termasuk kakitangan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima anugerah pengiktirafan di atas jasa dan prestasi cemerlang yang dicurahkan kepada institusi pengajian tersebut sepanjang tahun lalu.

Pada Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi Tahun 2010 (AKI'10) yang diadakan di Usim, Nilai dekat sini itu, seramai 97 kakitangan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, manakala 58 lagi terpilih sebagai penerima Anugerah Terpuji.

Anugerah-anugerah lain yang turut diberikan pada AKI'10 termasuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang; Anugerah Kualiti Naib Canselor; Anugerah Penyelidikan; Anugerah Penerbitan; Anugerah Pentadbir Cemerlang; Anugerah Staf Contoh Tahunan; Anugerah Khas Inovasi dan Rekacipta; Anugerah Inovasi dan Rekacipta; Anugerah Khidmat Masyarakat; Anugerah Cuti Belajar dan Anugerah Khidmat Setia Pensyarah Antarabangsa.

Dalam pada itu, Ahli Lembaga Pengarah USIM, Datuk Syed Amin Al-Jefri turut dipilih untuk menerima Anugerah Sumbangsih sebagai penghargaan kepada beliau di atas jasa dan usaha gigihnya dalam mencorak dan meningkatkan lagi kualiti universiti.

Pada majlis sama, Naib Canselor pertama USIM, Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Dr. Abdul Shukor Husin yang juga Pengarah Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) USIM telah dinobatkan sebagai Tokoh Hasanul Mudir.

Majlis serta penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Tan Sri Dr. Mohamad Yusof Md. Noor.

Turut Hadir, Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Muhamad Muda dan anggota pengurusan tertinggi USIM.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading 167 Pendidik, Kakitangan USIM terima Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi Tahun 2010

Previous
« Prev Post

No comments: