Powered by Blogger.

Thursday, November 24, 2011

28 Ahli LibCom ILP Sandakan Anjur Lawatan Sambil Belajar

  NR       Thursday, November 24, 2011

Ahli LibCom ILP, Sandakanbergambar selepas mengadakan lawatan di Perpustakaan Daerah Semporna sempena lawatan sambil belajar baru-baru ini.


SEMPORNA 22 Nov. - Seramai 28 ahli Kelab Pusat Sumber dan Multimedia (LibCom) Institut Latihan Perindustrian (ILP) Sandakan mengadakan lawatan sambil belajar di daerah ini, baru-baru ini.

Penasihat kelab itu, Juhaili Majis berkata, program perkhemahan bersepadu selama tiga hari itu diadakan dengan kerjasama Pejabat Daerah Semporna.

"Kali ini kami memilih daerah ini sebagai destinasi lawatan sambil belajar. Antara pengisian program ialah lawatan ke perpustakaan, gotong-royong, lawatan ke Bukit Tengkorak, tampi-tampi daerah Semporna dan lawatan ke kilang memproses kelapa sawit iaitu Kwantas Oil Sdn. Bhd.," katanya

Beliau berkata, program berkenaan yang diadakan setiap tahun bertujuan melahirkan penuntut ILP yang berfikiran inovasi dan berkemahiran tinggi.

Di samping itu katanya, pendedahan aktiviti luar juga dapat memberi pendedahan secukupnya kepada para penuntut agar mengenali tempat-tempat menarik di negeri ini serta mendekati budaya penduduk setempat.

Menurutnya, Semporna memiliki banyak tempat menarik yang perlu dilawati, malah kebanyakan pelancong luar berkunjung ke daerah itu setiap tahun kerana ingin melihat keunikan khazanah laut dan pulau-pulau yang terdapat di sekitarnya.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading 28 Ahli LibCom ILP Sandakan Anjur Lawatan Sambil Belajar

Previous
« Prev Post

1 comment:

Anna said...

wah... 28 ahli, LibCom ni, masa aku study kat ILP, bsama2 Cik Juhaili kami tubuhkan,,, pada tahun 2009, dlm bulan 5 kot...