Powered by Blogger.

Thursday, November 17, 2011

8 Pelajar UUM Dapat Tawaran Bekerja di Kuwait Finance House

  NR       Thursday, November 17, 2011

NUR Farrah Ain Zainuddin (kanan sekali) bersama rakan-rakannya yang juga pelajar Universiti Utara Malaysia yang diterima bekerja di Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad (KFH) Kubang pasu, baru-baru ini.



KUBANG PASU 15 Nov. – Sebanyak lapan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) yang menjalani latihan praktikum di Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad (KFH) diterima bekerja di institusi kewangan antarabangsa terkemuka tersebut.

Mereka adalah Azila Jamhari, Masitah Abdul Karim, Nor Asilahani Mohd. Masudi, Husnu Sakinah Mohd. Jamri, Nur Farrah Ain Zainuddin, Nur Hasinah Awang Kechil, Norul Faizah Yusuf dan Ramlah Sarun yang berusia antara 23 dan 24 tahun.
Penuntut terbabit yang mengambil jurusan Kewangan dan Perbankan Islam merupakan kumpulan pertama menyertai program Financial Undergraduate Internship Programme (FUIP) 2011.

FUIP adalah program yang julung kali dilaksanakan oleh Pusat Kerjasama Universiti Industri (CUIC) UUM bersama dua institusi kewangan iaitu KFH dan RHB Bank Berhad.

Pegawai Penghubung Industri CUIC, Rafidah Mahayuddin berkata, program itu akan diteruskan pada masa akan datang berikutan kejayaan memberangsangkan.

“Berikutan kejayaan program FUIP 2011, pihak kami yakin bercadang untuk meneruskan lagi program ini pada masa akan datang.

“Buat masa ini, CUIC sedang rancak menandatangani lebih banyak memorandum persefahaman (MoU) dan memorandum perjanjian (MoA) dengan pihak industri dalam usaha membina rangkaian dengan pihak ini dengan harapan kita mampu menghantar lebih ramai pelajar UUM untuk menjalani latihan praktikum di sana,” katanya di Bengkel Perkongsian Pengalaman Praktikum di kampus UUM di sini baru-baru ini.

Bengkel ini dihadiri 19 pelajar yang menjalani latihan praktikum di KFH dan RHB Bank Berhad.

Sementara itu, menurut salah seorang penuntut Nur Farrah Ain, ketika berkongsi pengalaman menjalani praktikum di KFH selama empat bulan berkata, penguasaan bahasa Inggeris amat penting dalam berkomunikasi selain sentiasa membangunkan kemahiran baru.

“Apa yang ingin kami kongsi kepada para pelajar yang akan menjalani latihan industri tidak lama lagi supaya mereka lebih bersedia dengan memperbaiki kemahiran komunikasi, meningkatkan tahap keyakinan diri untuk menghadapi keadaan sebenar berada di industri,” katanya.

Hampir 50 pelajar jurusan berkaitan menghadiri bengkel ini bagi mendengar pengalaman yang disampaikan oleh para pelajar yang telah menamatkan latihan praktikum di industri kewangan.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading 8 Pelajar UUM Dapat Tawaran Bekerja di Kuwait Finance House

Previous
« Prev Post

1 comment:

Unknown said...

Thanks for your wonderful informative post and i got a good knowledge to read your informational post. best hyip