Powered by Blogger.

Thursday, November 17, 2011

Universiti Teknologi Petronas Juara Karnival Sukan Pelajar Antarabangsa (ISSC)

  NR       Thursday, November 17, 2011

TRONOH 15 Nov. - Universiti Teknologi Petronas (UTP) membuktikan kehebatannya apabila muncul juara keseluruhan Karnival Sukan Pelajar Antarabangsa (ISSC) yang diadakan di kampusnya di sini dari 28 hingga 30 Oktober lalu.

Ia merupakan kemenangan dua tahun berturut-turut UTP pada karnival yang pertama kali dianjurkan pada 2007 itu.

Pada ISSC tahun ini, UTP berjaya menggondol tujuh pingat emas iaitu bagi pertandingan bola tampar, larian kampus serta tarik tali lelaki dan perempuan.

Kontinjen universiti itu turut memenangi sebutir pingat emas dalam pertandingan sepak raga bulatan dan sebutir pingat gangsa dalam pertandingan badminton.

ISSC yang dianjurkan Kementerian Pengajian Tinggi mempertandingkan lawan acara sukan iaitu futsal, bola jaring, bola tampar, bola keranjang tiga lawan tiga, sepak raga bulatan, tarik tali, badminton dan larian kampus.

Lebih 100 pelajar antarabangsa dari 32 institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara termasuk Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Limkokwing mengambil bahagian pada karnival tersebut.

ISSC kali ini dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Tadbir (Institusi Pendidikan Tinggi Swasta), Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi, Dr. Mohamed Ali Abdul Rahman. Beliau mewakili Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi, Prof. Datuk Dr. Rujhan Mustafa.

Hadir sama, Naib Canselor UTP, Datuk Dr. Zainal Abidin Kasim dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UTP, Mohd. Noor Rosli Baharom.


- Utusan
logoblog

Thanks for reading Universiti Teknologi Petronas Juara Karnival Sukan Pelajar Antarabangsa (ISSC)

Previous
« Prev Post

No comments: