Powered by Blogger.

Thursday, November 24, 2011

Alumni UIAM lawat Rumah Putra Harapan (RPH) Sabah

  NR       Thursday, November 24, 2011

AHLI Bahagian Alumni dan Kerjaya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ACSR, UIAM) bergambar bersama penghuni RPH Ranau, baru-baru ini.


RANAU 22 Nov. - Hasrat untuk membantu meringankan beban anak- anak yatim telah membawa rombongan Bahagian Alumni dan Kerjaya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ACSR UIAM) untuk mengadakan program amal ke Rumah Putera Harapan (RPH) Ranau, baru-baru ini.

Pengarah ACSR UIAM, Dr. Azmi Harun berkata, dalam lawatan itu pihaknya menghulurkan pelbagai sumbangan bagi meringankan beban penghuni rumah anak yatim tersebut.

“Selain sumbangan dalam bentuk barangan, kami juga mengajar kanak-kanak di rumah itu mengenai cara penjagaan kesihatan diri,” katanya sambil menambah ACSR UIAM menyumbang RM500 bagi mengisi tabung RPH.

Menurutnya, keadaan rumah anak yatim berkenaan yang telah usang dan serba daif memerlukan perubahan dan pembaikan bagi memastikan keselesaan penghuni.

Ditubuhkan pada 12 Julai 2008, kewujudan RPH diilhamkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan ia terletak di Bangunan Serbaguna Koperasi Bakti di sini.

Azmi berkata, lawatan itu diharap dapat mengeratkan lagi hubungan di antara kedua pihak, tambahan pula ACSR turut merancang mengambil RPH sebagai rumah angkat.

Katanya, usaha itu akan membolehkan pihaknya mencari sumber untuk membantu RPH dalam pelbagai aspek bagi tempoh jangka panjang.

- Utusan

logoblog

Thanks for reading Alumni UIAM lawat Rumah Putra Harapan (RPH) Sabah

Previous
« Prev Post

No comments: