BUKTI...rakaman CCTV menunjukkan dua kanak-kanak yang menceroboh pejabat sekolah dan melarikan komputer riba.
JOHOR BAHRU: Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah
sekolah agama di Taman Dahlia, di sini, membongkar aksi sekumpulan lima
penjenayah cilik termasuk kanak-kanak berusia 10 dan 12 tahun yang memecah
masuk pejabat sekolah berkenaan sebelum melarikan dua komputer riba.
SOROK...rakaman CCTV menunjukkan seorang kanak-kanak yang berselindung di sebalik pintu merangkak untuk mengelak wajahnya dirakam.
Dalam
kejadian jam 2.37 pagi semalam, lima penjenayah terbabit berusia 10 hingga 18
tahun dengan dua daripada mereka yang paling muda berusia 10 dan 12 tahun
menggunakan susuk tubuh kecil untuk menyelit masuk melalui pintu berjeriji
selepas gagal memecahkan mangga.
Kedua-dua
mereka menyelongkar laci pejabat untuk mencari barang berharga dan berada di
situ selama sejam tanpa menyedari gelagat mereka dirakam CCTV.
Ahli jawatankuasa badan kebajikan sekolah berkenaan, Mohammad Nick Abdullah,
43, berkata dia menyedari kejadian itu selepas melihat kesan umpil pada satu
daripada pintu jeriji ketika ke sekolah untuk memeriksa rakaman CCTV pada jam
7.30 pagi semalam.
Selepas memeriksa pejabat,
Nick mendapati komputer riba hilang dan penelitian melalui rakaman CCTV menunjukkan
penjenayah cilik menyelongkar laci dan memasukkan peralatan elektronik
berkenaan ke dalam dua beg.
- hMetro
No comments:
Post a Comment