SIBU: Seorang guru
sebuah sekolah di Dalat yang didakwa atas empat kesalahan menyerang pelajar
sekolah dengan niat hendak mencabul kehormatan mereka, dijatuhi hukuman penjara
dua tahun penjara dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret bagi setiap
pertuduhan.
Mahkamah yang sebelum ini mendapati guru berusia 36 tahun itu
bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan, bagaimanapun memerintahkan
hukuman penjara terbabit berjalan serentak.
Bagi keempat-empat pertuduhan itu, guru terbabit didakwa mengikut
Seksyen 354 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun
atau denda atau sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman terbabit.
Mengikut pertuduhan pertama, guru terbabit didakwa menggunakan
kekerasan dengan niat hendak mencabul kehormatan seorang pelajar berusia 12
tahun di asrama sekolah pada 30 Ogos, 2005, kira-kira jam 7.30 pagi.
Pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan kesalahan sama terhadap
seorang lagi pelajar berusia 10 tahun sekitar bulan Jun, 2005, kira-kira jam
2.30 petang.
Bagi pertuduhan keempat, guru terbabit didakwa melakukan kesalahan
sama sekitar bulan Ogos, 2005, kira-kira jam 7.30 pagi terhadap mangsa yang
sama.
Dia sekali lagi didakwa melakukan kesalahan sama terhadap mangsa
yang berusia 10 tahun pada 30 Ogos, 2005, kira-kira jam 7.30 pagi.
Hukuman itu bagaimanapun ditangguhkan sementara mengemukakan
tertuduh mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi.
No comments:
Post a Comment