Powered by Blogger.

Wednesday, November 30, 2011

Tambang Bas Sekolah Naik Tahun 2012

  NR       Wednesday, November 30, 2011
KUCHING: Tambang bas sekolah akan dinaikkan mulai sesi persekolahan pada tahun depan, demikian menurut Pengerusi Persatuan Bas Sekolah Bumiputera Kuching-Samarahan, Sawoi Anee.

Tanpa menyatakan jumlah kenaikan, keputusan itu diambil bagi menyerap peningkatan harga tayar dan alat ganti kenderaan.

Jumlah kenaikan sebenar akan dibincangkan pada mesyuarat Persatuan Bas Sekolah Malaysia pada Sabtu ini di Bintulu.

“Saya tidak dapat beritahu berapa ia akan naik, tetapi yang pasti akan berlaku kenaikan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau menjelaskan, kenaikan itu turut mengambil kira kenaikan harga pelbagai barang makanan pada masa sekarang.

Situasi demikian menyebabkan persatuan berkenaan tidak mempunyai pilihan kecuali menaikkan tambang.

- UB


logoblog

Thanks for reading Tambang Bas Sekolah Naik Tahun 2012

Previous
« Prev Post

No comments: