Powered by Blogger.

Thursday, November 24, 2011

Pelajar Politeknik Johor Bahru Pamer Kreativiti Pertunjukan Fesyen

  NR       Thursday, November 24, 2011

JOHOR BAHRU 22 Nov. - Jabatan Reka Bentuk dan Komunikasi Visual (JRKV) Politeknik Johor Bahru mengadakan program kolaborasi dan pertunjukan fesyen bagi menampilkan rekaan yang dihasilkan penuntut kepada orang ramai.

Pengarah Politeknik Johor Bahru, Azizi Lin berkata, pertunjukan fesyen itu melibatkan penuntut dalam bidang Reka Bentuk Fesyen dan Reka Bentuk Pakaian.

Beliau berkata, pertunjukan fesyen yang membawa tema Aspiring Concepteur Nite 2011 itu merupakan aktiviti kemuncak bagi program kolaborasi politeknik dengan dua syarikat lain.

"Ia merupakan program perbincangan untuk menjalinkan usahasama dengan pihak industri fesyen iaitu Syarikat Honsi Apparel Sdn. Bhd. dan Plexus Asia Sdn. Bhd.

"Ia bertujuan berkongsi dan bertukar ilmu kepakaran dalam bidang seni kreatif, teknikal dan keusahawanan dalam melahirkan graduan berketerampilan dan berkebolehan," katanya kepadaUtusan Malaysia di Pasir Gudang dekat sini baru-baru ini.

Sebanyak 44 busana digayakan oleh model yang merupakan penuntut institusi pengajian tinggi itu dengan 12 busana muslimah manakala selebihnya adalah fesyen kontemporari.

JRKV merupakan salah satu jabatan di Politeknik Johor Bahru yang menawarkan program pendidikan kreatif dan inovasi kepada penuntut.

Berkarya di luar bilik kuliah seperti menyertai program luar dan pengurusan acara adalah salah satu pendedahan dan strategi serta usaha jabatan itu ke arah kecemerlangan akademik penuntut.

Lanjutan daripada program kolaborasi itu Azizi berkata, pihaknya akan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat itu dalam tempoh tiga bulan lagi.

"MoU berkenaan akan melibatkan pertukaran penuntut dan tenaga pengajar serta pengembangan maklumat bagi menjana lebih kecemerlangan oleh semua pihak," katanya.

- Utusan

logoblog

Thanks for reading Pelajar Politeknik Johor Bahru Pamer Kreativiti Pertunjukan Fesyen

Previous
« Prev Post

No comments: