Powered by Blogger.

Thursday, November 03, 2011

PPKS Perkenal Sijil Kemahiran Solar & Sijil Peleburan Keluli Tahun 2011

  NR       Thursday, November 03, 2011


KUCHING: Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) akan memperkenalkan Sijil Kemahiran Solar dan Sijil Peleburan Keluli (metallurgy) pada tahun depan untuk keperluan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Keputusan itu dibuat setelah pihak PPKS mendapat begitu banyak permintaan bagi graduan yang berkemahiran dalam dua jurusan terbabit daripada empat syarikat industri berat di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Antarabangsa Teknologi Lanjutan Sarawak (ICATS) Baharudin Abdullah berkata kolej berkenaan merupakan badan institusi pendidikan pertama menawarkan kursus terbabit di negeri ini.

“Tenaga pengajar kami akan dibimbing selama tiga minggu oleh Technical and Further Education (TAFE) Australia manakala bagi solar ia akan dijalankan dengan kerjasama MEMC,” katanya dalam sidang media di sini semalam.

Sementara itu, pihaknya telah mengadakan perjumpaan pertama dengan Syarikat SESCo Berhad untuk menubuh-kan Institut Latihan Elektrik Sara-wak (SETI) bagi membolehkan graduan dilatiha bagi kemahiran elektrik dan elektrikal.

“Mengikut kajian Unit Pakar Elektrik (EIC), Sarawak mempunyai kekurangan 1,000 tukang elektrik (chargeman) dan masih dalam rundingan untuk mengambil bangunan SESCo Pending menjadi pusat SETI,” jelasnya semalam.

Beliau berharap memorandum persefahaman (MoU) akan termeterai pada tahun depan bagi memenuhi permintaan terhadap tenaga berkemahiran itu.

Sementara itu, PPKS Mukah akan mula beroperasi pada 23 November ini dengan pengambilan pertama Sijil Rekaan dan Fesyen seramai 50 orang.

PPKS Mukah akan bekerjasama dengan Kolej Laila Taib di Sibu bagi kursus diploma dan seramai 24 tenaga pengajar dijangka terlibat bagi melaksanakan misi itu.
-      

- UB
logoblog

Thanks for reading PPKS Perkenal Sijil Kemahiran Solar & Sijil Peleburan Keluli Tahun 2011

Previous
« Prev Post

No comments: