Powered by Blogger.

Wednesday, December 07, 2011

3 Penuntut UUM Juara PROMED@CS'11

  NR       Wednesday, December 07, 2011

NURUL Fadzillah Shawaluddin (kiri), Nor Aini Abdul Wahab dan Nurul Roazlin Azman (kanan) menggondol juara PROMED@CS'11 di Kampus UiTM Perlis, baru-baru ini.


KUBANG PASU 6 Dis. - Tiga penuntut Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya menggondol juara Pertandingan Pengaturcaraan dan Reka Cipta Multimedia 2011 (PROMED@CS'11) baru-baru ini.

Pertandingan anjuran bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis dan Kementerian Pelancongan itu berlangsung pada 2 hingga 4 Disember lalu di kampus UiTM Perlis.

Penuntut yang menjuarai pertandingan tersebut, Nurul Roazlin Azman, 24, bersama dua rakan sepasukan, Nor Aini Abdul Wahab, 25, dan Nurul Fadzillah Shawaluddin, 24, membawa pulang wang tunai kemenangan RM700 beserta sijil.

Nurul berkata, kejayaan pasukan mereka menjadi satu suntikan semangat untuk terus berkarya pada masa akan datang menerusi projek reka cipta multimedia.

"Kami memilih tema Kisah Hikayat Kayangan Perlis dengan versi bahasa Melayu bagi memenuhi tema projek Multimedia itu sendiri iaitu Perlis Tourism.

"Pasukan kami amat bertuah kerana Nor Aini merupakan seorang rakan yang cukup berbakat dalam bidang fotografi yang membolehkan gambar-gambar yang digunakan dalam persembahan multimedia menjadi lebih menarik." katanya.

Dalam pada itu, Dekan Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, Prof Dr. Norshuhada Shiratuddin berkata, PROMED@CS'11 merupakan medan bagi menguji, mengukur dan meningkatkan kebolehan pelajar dalam bidang pengaturcaraan komputer dan reka cipta multimedia.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading 3 Penuntut UUM Juara PROMED@CS'11

Previous
« Prev Post

No comments: