Powered by Blogger.

Wednesday, December 07, 2011

170 Kertas Kerja Dibentang Pada HIS2011, IAS2011 di UTeM

  NR       Wednesday, December 07, 2011

Shahrin Sahib (kanan) menerangkan sesuatu mengenai sistem pintar hibrid pada sidang akbar sambil diperhatikan oleh Ajith Abraham (dua dari kanan), Joseph Salang (dua dari kiri) dan Mohamad Kadim Suaidi selepas majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Sistem PIntar Hibrid ke 11 di UTem, Durian Tunggal, Melaka, semalam.


MELAKA 6 Dis. - Sebanyak 170 kertas kerja akan dibentangkan pada Persidangan Antarabangsa Sistem Pintar Hibrid ke-11 (HIS2011) dan Persidangan Antarabangsa Mengenai Jaminan Maklumat dan Keselamatan ke-7 (IAS2011) bermula hari ini hingga Khamis ini.

Dua persidangan antarabangsa yang pertama kali diadakan di negara ini berlangsung selama tiga hari di kampus induk Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di sini dihadiri oleh wakil daripada 85 buah negara.

Majlis perasmian dua persidangan antarabangsa itu telah dirasmikan serentak oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum di sini hari ini.

Timbalan Naib Canselor Pendidikan dan Inovasi UTeM, Prof. Datuk Mohamad Kadim Suaidi berkata, dua persidangan tersebut bakal digunakan oleh pensyarah dan pelajar tempatan untuk mempelajari dalam bidang teknologi sistem pintar hibrid dan maklumat serta keselamatan.

Menurutnya, selain itu, pelajar dapat berkongsi pengalaman dan menimba pelbagai ilmu dalam dua bidang teknologi itu daripada pensyarah-pensyarah terkemuka dunia dalam bidang berkaitan.

''Inilah peluang terbaik untuk kita mempelajari dua bidang teknologi itu yang kini berkembang pesat di seluruh dunia dan ia adalah peluang terbaik untuk kita menggunakannya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, sejumlah 170 kertas kerja yang akan dibentangkan sepanjang tiga hari persidangan itu berlangsung membolehkan pelajar menggunakan aplikasi teknologi itu untuk membantu memberi impak positif kepada pembangunan minda mereka.

Beliau berkata, matlamat kedua-dua persidangan itu adalah untuk meningkatkan kesedaran dan membawa bersama-sama orang-orang penyelidikan terkemuka untuk bertukar-tukar pengetahuan serta menubuhkan wawasan kolektif peluang bersama sebagai hasil untuk memajukan negeri dalam kedua-dua bidang itu.

Antara tokoh pensyarah yang akan memberi syarahan mereka ialah Hideyuki Takagi dari Universiti Kyushu, Jepun; Emilio S. Corchado dari Universiti Salamanca, Sepanyol; Prof. Shahrin Sahid dari UTeM; Ajith Abraham MIR Labs Amerika Syarikat dan Saman Halgamuge dari Universiti Melbourne, Australia.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading 170 Kertas Kerja Dibentang Pada HIS2011, IAS2011 di UTeM

Previous
« Prev Post

No comments: