Powered by Blogger.

Monday, December 12, 2011

60 Murid Sekolah Berkhatan Anjuran PIBG SK Bukit Chempaka

  NR       Monday, December 12, 2011

Khazan Che Mat (kanan) melihat anggota bomba menyiram air kepada kanak-kanak pada Program Berkhatan beramai-ramai murid-murid SK Bukit Chempaka 2011 di Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 10 Dis. - Amalan berkhatan yang yang lazimnya dilakukan dalam suasana meriah setiap kali tiba musim cuti sekolah mampu menampilkan keistimewaan agama Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat berkata, berkhatan dapat membezakan di antara penganut agama Islam dengan penganut agama lain dan fungsinya dari sudut kesihatan.

"Berkhatan ini bukan Tuhan saja-saja cipta untuk menyusahkan manusia tetapi ada hikmah di sebalik suruhan itu.

"Buktinya, kalau kita tengok hari ini, sudah ramai orang bukan Islam sendiri yang berkhatan kerana mereka tahu ia baik untuk kesihatan dan dapat mencegah sebarang jangkitan kuman pada alat kelamin," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Mingguan Malaysia selepas merasmikan program berkhatan secara beramai-ramai untuk murid-murid Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka 2011 di sini hari ini.

Hadir sama Guru Besar SK Bukit Chempaka, Saikh Kamaruden Saikh Ismail dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) sekolah itu, Wan Khairul Ariffin Wan Ibrahim.

Seramai 60 orang murid Tahun Tiga hingga Enam menyertai program yang julung kalinya diadakan di sekolah itu sempena cuti panjang persekolahan pada hujung tahun.

Program berkhatan beramai-ramai sebegini bagi menggembirakan kanak-kanak dan mengurangkan kos, semakin menjadi kelaziman di mana saja.

Ibu bapa atau murid berkenaan hanya perlu membayar RM30 tiap seorang manakala selebihnya akan ditanggung oleh pihak PIBG beserta sumbangan daripada orang perseorangan termasuk wakil rakyat.

Dalam pada itu, Khazan berharap agar budaya berkhatan secara beramai-ramai ini akan diteruskan pada masa depan bagi memberi semangat kepada kanak-kanak dalam melalui gerbang kedewasaan.

- Utusan

logoblog

Thanks for reading 60 Murid Sekolah Berkhatan Anjuran PIBG SK Bukit Chempaka

Previous
« Prev Post

No comments: