Powered by Blogger.

Sunday, December 18, 2011

Novel Interlok Tingkatan 5 Tidak Diguna Mulai Tahun 2012

  NR       Sunday, December 18, 2011

MELAKA 16 Dis. - Kerajaan memutuskan tidak akan menggunakan novel Interlok sebagai buku teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Melayu untuk pelajar tingkatan lima mulai tahun depan.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, perkara itu telah diputuskan kerajaan pada mesyuarat Kabinet baru-baru ini.

''Saya harap penarikan balik novel karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain itu dapat diterima oleh semua pihak dan sekali gus menamatkan kontroversi yang timbul sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan perlawanan bola sepak Piala Datuk Seri S. Samy Vellu anjuran Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MIFA) di Ayer Keroh di sini, hari ini.

Utusan Malaysia Online: 17 Disember 2011
logoblog

Thanks for reading Novel Interlok Tingkatan 5 Tidak Diguna Mulai Tahun 2012

Previous
« Prev Post

No comments: