Dalam kejadian kira-kira jam 12.25 pagi itu, mangsa yang berusia 17 tahun duduk di bahagian penumpang belakang dikatakan tersepit di tempat duduk selepas bahagian kereta remuk teruk hingga memaksa anggota bomba mengeluarkan mangsa.
Mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital, manakala dua rakannya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Trafik merangkap Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Deputi Superintendan Rosly Abd Rahman berkata, kenderaan jenis Proton Waja yang dinaiki tiga sekawan itu dipercayai gagal dikawal hingga merempuh pengadang jambatan sebelah kanan.
“Dalam masa sama, dua kereta yang datang dari arah sama juga gagal mengawal kenderaan hingga kedua-duanya merempuh kenderaan yang dinaiki tiga sekawan menyebabkannya remuk teruk.
“Bagaimanapun, pemandu dan penumpang kenderaan lain dilaporkan selamat. Mangsa yang maut dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) bagi bedah siasat,” katanya.
Hingga kini katanya, kesemua pemilik kenderaan sudah membuat laporan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987.
- SH
No comments:
Post a Comment