Powered by Blogger.

Monday, December 05, 2011

Pelajar Genius, Alexander Winifred Mohon Bantuan Sambung Pelajaran Ke Universiti

  NR       Monday, December 05, 2011

SUBANG JAYA – Terpaksa menolak tawaran menyambung pelajaran di sebuah universiti luar negara sebanyak tiga kali kerana tidak berkemampuan menyebabkan seorang remaja genius terpaksa memohon mana-mana pihak membantunya dari segi kewangan untuk memenuhi impian pendidikannya itu.
Ibu pelajar berkenaan, Winifred Ngiam, 46, berkata, anaknya, Alexander Winifred, 16, tidak pernah belajar di sekolah rasmi seperti pelajar lain di negara ini kerana mempunyai daya IQ yang berbeza dengan rakan sebayanya.
Menurutnya yang juga ibu tunggal, anaknya bagaimanapun lulus dengan cemerlang beberapa ujian yang diambil untuk membolehkannya menyambung pelajaran di Universiti St Louis, Amerika Syarikat.
"Dia menduduki ujian yang diambil melalui sistem online dan berjaya menerima keputusan cemerlang.
"Pihak universiti sudah tiga kali menawarkannya untuk mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Ruang Angkasa (Rekabentuk), tetapi anak saya terpaksa menolak kerana tidak mampu dari segi kewangan," katanya.
Winifred berkata, sekurang-kurangnya RM93,000 diperlukan untuk pembiayaan anaknya ke universiti berkenaan termasuk bagi menampung keperluan seharian.
"Saya pernah meminta bantuan daripada wakil rakyat dan Kerajaan Negeri namun seperti tiada maklumbalas sehingga kini.
"Sekiranya, wang untuk ke sana sudah mencukupi, anak saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh dan berbakti kepada negara ini setelah tamat pelajaran nanti," katanya ketika ditemui sewaktu menerima bantuan RM30,000 daripada Yayasan Cheng Ming Thien di bawah program 1MCA.
Bantuan disampaikan Penyelaras Parlimen Kelana Jaya, Ong Chong Swen di pejabatnya di USJ 1, di sini.
Turut menerima bantuan pada majlis itu, pelajar kolej swasta, Choon Kar Loong yang menerima pinjaman RM20,000 di bawah Skim Pinjaman Pendidikan 1 MCA.
Dua lagi penerima M Ramachandra, 73, dan Chan Jia May, 19, masing-masing menghidap penyakit jantung dan Sindrom Turner menerima bantuan perubatan sebanyak RM6,000 dan RM1,000.
Chong Swen berkata, kedua-duanya menerima bantuan disalurkan daripada Yayasan Komuniti 1Malaysia.
- SH
logoblog

Thanks for reading Pelajar Genius, Alexander Winifred Mohon Bantuan Sambung Pelajaran Ke Universiti

Previous
« Prev Post

No comments: