Bantuan tersebut
disampaikan oleh Penyelaras Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Dali Husin pada
majlis Penyampaian Wang Ehsan Pelajar IPTA 2011 Parlimen Pengkalan Chepa yang
diadakan di sini, semalam.
Semasa berucap pada majlis
berkenaan beliau menyelar sikap sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab
cuba mempertikaikan bantuan kerajaan sebagai haram.
"Saya kesal, dan
tindakan membuat tomahan kononnya Bantuan Rakyat 1Malaysia adalah sumber haram
merupakan satu sikap tidak bertanggungjawab.
"Ini tidak ubah
seperti ingin meracun atau memesongkan pemikiran rakyat supaya rakyat sentiasa
bepersepsi buruk terhadap apa jua program atau aktiviti Kerajaan Pusat,"
katanya.
Dali berkata, pihak
terbabit perlu mendidik rakyat supaya bersyukur dengan pemberian atau bantuan
kerajaan untuk meringankan beban masyarakat, bukannya menghasut dengan sebarang
fitnah tidak berasas.
Sebelum ini, terdapat kain
rentang yang digantung di sekitar bandar ini mengatakan pembahagian BR1M adalah
dari sumber yang haram turut terpapar gambar Menteri Besar, Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat.
Bagaimanapun, Nik Abdul
Aziz menyifatkan perbuatan tersebut sebagai mengarut dan tidak bertanggungjawab
seterusnya meminta rakyat Kelantan tidak menolak bantuan tersebut.
Dalam perkembangan
berkaitan, Dali yang juga Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa turut
menyampaikan bantuan kepada empat mangsa bencana alam membabitkan jumlah
RM14,000.
"Bantuan bencana alam
ini melibatkan kebakaran dan rumah dilanda ribut, dan ini sebenarnya
membuktikan keprihatinan Kerajaan Pusat terhadap masalah rakyat,"
jelasnya.
- Utusan
No comments:
Post a Comment