MENYAYAT HATI: Durin dan ibunya meratapi kematian anak tunggalnya yang ditemui lemas, petang semalam.
KUCHING: Hasrat seorang pelajar Tingkatan 5 untuk menduduki kertas terakhir
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) minggu depan tidak kesampaian
apabila dia lemas ketika menangkap udang di Su-ngai Merdang Lumut, Muara Tuang
di sini, semalam.
Mangsa dikenali Jerrels Rurin, 17, mengikuti
bapa saudaranya ke Sungai Merdang Lumut yang terletak ti-dak jauh dari rumahnya
di Kampung Merdang Gayam untuk menangkap udang ketika kejadian tragis itu
berlaku sekitar jam 10 pagi.
Menurut bapa saudaranya, David Japet, 41, beliau
sibuk menebar jalanya ke sungai yang mana kedalamannya hingga ke paras dada dan
ha-nya menyedari kehilangan anak buahnya 30 minit selepas mereka tiba di sungai
itu.
“Saya fikir dia mungkin berada di atas tebing
sungai dan (saya) pergi mencarinya. Saya cuba memanggil nama-nya, tetapi dia
tidak menjawab… menyebabkan saya me-mikirkan yang dia terjatuh ke dalam sungai
dan tenggelam,” katanya.
Bimbang kejadian buruk menimpa anak buahnya itu,
David memberitahu, beliau bergegas pulang ke rumah dan memaklumkan ibu Jerrels,
Durin Japet, 48, mengenai kehilangan mangsa sebelum menghubungi Jabatan Bomba
dan Penyelamat untuk mendapatkan bantuan.
Durin, seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai
tukang cuci di sebuah klinik kerajaan menjelaskan, mangsa seorang yang hormat
kepada orang tua dan rajin.
Mangsa bekerja sambilan di sebuah kedai
serbaneka untuk membantu keluarganya termasuk nenek dan adik pe-rempuannya.
“Kami dari keluarga yang susah. Selain bekerja
di kedai, anak saya akan mengikut bapa saudaranya ke sungai untuk menangkap
udang untuk dijual bagi menambah penda-patan keluarga,” katanya sambil
menambah mendiang bakal menduduki kertas ter-akhir SPM pada 13 Disember
ini.
Anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai
Samarahan, Tabuan Jaya dan Padungan termasuk sepasukan penyelam bergegas ke
tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 11 pagi.
Ketua Balai Bomba Tabuan Jaya, Tawang Lingem
memberitahu, anggotanya menemui mayat Jerrels pada jam 2.45 petang hari sama,
kira-kira dua meter di bawah su-ngai tidak jauh dari lokasi dia dilaporkan
hilang.
Durin yang tidak dapat me-nahan sebak terus
mendapat-kan anak lelakinya yang sudah tidak bernyawa lagi bersama nenek,
sahabat handai dan rakan taulan.
Sementara itu, pemilik kedai tempat mendiang
be-kerja sambilan memberitahu Durin bahawa beliau akan membiayai kos
pengebumian anak tunggal lelakinya itu.
Polis kemudiannya membawa mayat mangsa ke
Hospital Umum Sarawak (HUS) dan mengklasifikasikan sebagai mati mengejut
sementara menunggu keputusan bedah siasat.
- UB
No comments:
Post a Comment