Powered by Blogger.

Friday, December 30, 2011

Peserta Kursus Program 1Azam Perlu Mempraktikkan Kemahiran

  NR       Friday, December 30, 2011
Program 1Azam di Sibu - Gambar Hiasan

KOTA KINABALU 29 Dis. - Peserta Program 1Azam diminta menggunakan kemahiran yang dipelajari semasa kursus tersebut untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup mereka.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Jahid Jahim berkata, para peserta tidak harus mensesiakan kemahiran mereka tanpa melakukan sebarang usaha atau inisiatif untuk memajukan diri.

"Salah satu tujuan kerajaan menganjurkan Program 1Azam (Akhiri Zaman Miskin) ialah untuk membantu golongan miskin tegar, miskin dan mudah miskin dalam pelbagai aspek.

"Saya harap peserta yang telah tamat kursus kemahiran ini akan menggunakan kemahiran mereka di samping bantuan peralatan yang diberikan kerajaan untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup keluarga," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutup Kursus Kemahiran Seni Kreatif Jahitan Program 1Azam 2011 Kota Kinabalu di Arena Belia, Kepayan di sini hari ini.

Hadir sama Pegawai Tadbir Kanan Kementerian Belia dan Sukan negeri, Faridah Ahmad dan Timbalan Presiden Majlis Belia Sabah, Nourman Rayn Awang Zaini.

Kursus selama 15 hari itu disertai 45 peserta dan dikendalikan oleh Akademi Jahitan Kota Kinabalu iaitu sebuah pusat latihan Sistem Latihan Dual Nasional.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading Peserta Kursus Program 1Azam Perlu Mempraktikkan Kemahiran

Previous
« Prev Post

No comments: