Powered by Blogger.

Friday, December 23, 2011

PMR 2011 Sarawak Meningkat 71 A @ 0.14% Berbanding 2010

  NR       Friday, December 23, 2011

Pencapaian semua A pada 2011 meningkat 71 orang atau 0.14 peratus berbanding 2010

KUCHING: Pencapaian cemerlang semua A bagi calon Sarawak dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 meningkat sebanyak 71 orang atau 0.14 peratus berbanding tahun lepas.

Pengarah Pelajaran Sarawak Abdillah Adam berkata, pada tahun lepas sebanyak 1,877 orang mendapat semua A manakala pada tahun ini meningkat kepada 1,948 orang.

“Pada keseluruhannya, pencapaian calon meningkat apabila diukur daripada nilai GPN kerana nilainya menurun sebanyak 0.03 mata iaitu daripada 2.91 pada tahun 2010 kepada 2.88 tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengumumkan Keputusan PMR Peringkat Negeri di Sekolah Menengah Sains Kuching di sini, semalam.

Tambahnya, lapan daripada 14 mata pelajaran yang ditawarkan pada PMR 2011 turut menunjukkan peningkatan atau peratusan dalam penguasaan minimum ‘D’ bagi semua mata pelajaran.

Bahasa Arab mencatatkan peningkatan paling tinggi dengan 9.2 peratus daripada 64.6 peratus (2010) kepada 73.8 peratus (2011).

Mata pelajaran lain yang turut meningkat merangkumi Bahasa Inggeris yang meningkat 4.0 peratus, Sejarah (2.8 peratus), Bahasa Iban (0.5 peratus), Matematik (0.7 peratus), Kemahiran Hidup 1 – Kemahiran Teknologi (1.3 peratus) serta Kemahiran Hidup 4 – Perdagangan dan Keusahawanan (0.1 peratus).

Dalam pada itu, Abdillah menjelaskan, pencapaian penguasaan minimum ‘D’ dalam semua mata pelajaran yang diambil pelajar Sarawak menunjukkan prestasi memberangsangkan berbanding peringkat kebangsaan.

“Sebanyak lapan daripada 15 mata pelajaran yang ditawarkan di Sarawak mengatasi atau sama dengan peratus penguasaan ‘D’ peringkat kebangsaan,” ujarnya.

Bahasa Punjabi menunjukkan perbezaan paling ketara berbanding peringkat kebangsaan dengan 9.7 peratus diikuti Bahasa Cina (8.1 peratus), Bahasa Inggeris dan Sains (1.1 peratus), Kemahiran Hidup 1 – Kemahiran Teknologi (0.8 peratus) serta Bahasa Melayu (0.6 peratus).

Sementara itu, menurut Abdillah, sebanyak lima sekolah mencapai 100 peratus penguasaan minimum ‘D’ bagi semua mata pelajaran iaitu Sekolah Menengah Sains Kuching, Sekolah Menengah Sains Miri, Kolej Tun Datuk Tuanku Haji Bujang Miri, Maktab Rendah Sains Kuching dan Maktab Rendah Sains Betong.

- UB
logoblog

Thanks for reading PMR 2011 Sarawak Meningkat 71 A @ 0.14% Berbanding 2010

Previous
« Prev Post

No comments: