SIBU: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Sibu sekali lagi
mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah
(PMR) apabila mencatatkan kelulusan 100 peratus.
Pengetuanya Che Zainab
Che Hassan berkata, enam mata pelajaran mencatat kelulusan 100 peratus lulus
iaitu Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Sains, Matematik, Kemahiran Hidup dan
Sejarah.
“Keputusan Bahasa Arab
juga menunjukkan peningkatan kelulusan iaitu 75.7 peratus berbanding 57 peratus
pada tahun lepas. Seramai 14 pelajar juga berjaya mendapat A dalam mata
pelajaran ini,” ujarnya kepada pemberita, semalam.
Menurut Che Zainab lagi,
dua mata pelajaran iaitu Bahasa Inggeris dan Geografi masing-masing mencatat
kelulusan 96 peratus dan 97 peratus.
“Gred purata keseluruhan
sekolah ialah 2.25,” katanya sambil memberitahu keputusan keseluruhan tahun ini
lebih baik berbanding tahun lepas.
Beliau turut
memberitahu, seramai tujuh pelajar berjaya mendapat 9A pada tahun ini.
Mereka ialah Awayna Mezlan, Deni Subana Arya Andika Azmin, Erika Norain Salleh,
Kamaliah Ibrahim, Mohamad Suhayl Azmin Mohamed Suhaimi, Mohd Hafsham Wahaf dan
Nurul Nadia Zayadi.
“Tahun lepas tidak ada
pelajar memperolehi 9A,” jelasnya sambil menambah pada tahun ini seramai lapan
pelajar mendapat 8A dan lima pelajar mendapat 7A.
Pelajar yang mendapat 8A
ialah Annessa Wira, Izyan Athirah Mokhtar, Khairul Hamizan Ibrahim, Mohamad Aqbar
Azman, Mohd Niqwan Abidin, Nadhirah Begum Sahul Hamid, Nur Aqilah Muhammad Isa
dan Nurul Ramizah Abdul Rasit.
Ahmad Ridha Kuswadi,
Fairuz Syahira Ademalek, Nursyafina Hamdan dan Siti Azwani Azween Adzhar pula
memperolehi 7A. Lima pelajar lain mendapat 6A dan tiga pelajar mendapat 5A.
Seramai 103 pelajar SMK
Agama Sibu menduduki PMR 2011.
Sementara SMK Kampung
Nangka turut mencatatkan peningkatan dalam PMR apabila 146 orang pelajar atau
79.35 peratus lulus, berbanding 150 orang pelajar atau 66.37 peratus pada tahun
lepas.
Gred purata keseluruhan
sekolah turut meningkat iaitu 2.68 berbanding 2.95 pada PMR 2010.
Lima pelajar sekolah
mendapat 8A iaitu Catherine Tong Kim Ka, Lydia Lee Dan, Mohammad Hamizan Abdul
Lamit, Suziana Saiddin dan Cindy Lee Li Yin.
Dua pelajar lain
mendapat 7A iaitu Ellyka Elvis dan Petrus Imbang Bajut. Abdul Khaliq Ahmad,
Asyraniah Reni, Christina Tong Kim Sing, Clement Wong Ong Sing, Harraz Affendi
dan Nurul Haiza Ali pula mendapat 7A dan 1B.
Seramai 184 pelajar SMK
Kampung Nangka menduduki PMR lepas.
- UB
No comments:
Post a Comment