Diddy yang sedang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda (Komunikasi) dengan Kepujian secara sambilan daripada universiti itu berkata, dia bersyukur dengan anugerah itu selain menjadikannya sebagai motivasi untuk terus cemerlang dalam bidang akademik.
"Saya kini berada di semester tujuh dan masih mempunyai baki tujuh semester lagi sebelum dapat mengegam segulung ijazah. Saya lakukan ini semua demi masa depan keluarga dan paling penting untuk isteri dan anak yang sentiasa menjadi pendorong saya," ujarnya.
Diddy ditemui mStar Online selepas majlis sidang media drama muzikal Kampus di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara) di sini pada Khamis.
Diddy menyambung pelajaran bersama-sama rakan artis seperti Emelda Rosmila, Akim (AF), Zehra Zambri dan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh dalam program kerjasama antara Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan UUM yang ingin menggalakkan artis mempunyai pendidikan.
Dalam pada itu, Diddy akui puas dengan pencapaian itu walaupun agak penat kerana turut aktif dalam bidang seni selain perlu menumpukan perhatian kepada rumah tangga terutama terhadap anak kesayangannya, Nadra Aryssa Jauza yang baru mencapai usia setahun.
"Saya perlu bertahan sehingga tahun 2013 dan selepas itu dapatlah menarik nafas lega kerana telah tamat pengajian,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Diddy memberitahu gembira berlakon dalam muzikal Kampusarahan Yusmal Ghazali kerana dapat menyumbangkan suara untuk drama 26 episod itu.
Diddy berkata, walaupun agak gementar di set penggambaran kerana sudah lama tidak berlakon, dia teruja dapat menyanyikan pelbagai lagu termasuk lagunya sendiri sepertiLena dan Hilang.
"Cinta saya terhadap nyanyian masih kuat dan ia adalah keutamaan tetapi menerusi Kampus saya dapat melakukan kedua-duanya. Ia juga sebagai promosi kepada saya yang jarang-jarang muncul di televisyen," ujarnya.
Kampus bakal disiarkan pada Ia akan pada pukul 8.30 malam menerusi saluran iTV (Astro 180) bermula Sabtu ini.
- mStar
No comments:
Post a Comment