Powered by Blogger.

Thursday, February 02, 2012

95 Penuntut Daftar KPLI, KPLI J-Qaf di IPG Kampus Temenggung Ibrahim

  NR       Thursday, February 02, 2012

JOHOR BAHRU 31 Jan. - Seramai 95 penuntut baharu Program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan KPLI J-Qaf mendaftar di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggung Ibrahim (IPGKTI), di sini semalam.

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGKTI, Baharum Sulman berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 75 penuntut akan mengikuti KPLI J-Qaf iaitu 50 orang bagi matapelajaran Pendidikan Islam dan 25 orang bagi Bahasa Arab.

Beliau berkata, baki 20 penuntut akan mengikuti KPLI Sekolah Menengah iaitu 17 orang bagi matapelajaran Fizik dan tiga orang bagi Matematik.

"Kesemua penuntut baharu bagi sesi kemasukan Januari ini akan mengikuti Minggu Pengurusan selama empat hari bermula 30 Januari hingga 4 Februari.

"Sebaik berakhir Minggu Pengurusan, kesemua pelajar akan memulakan sesi pengajian di IPGKTI," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini kelmarin.

Menurut Baharum, penuntut KPLI J-Qaf akan mengikuti pengajian di kampus berkenaan selama dua minggu sebelum diserapkan di sekolah-sekolah di negeri itu.

Katanya, tempoh pengajian bagi program KPLI J-Qaf adalah selama setahun setengah manakala bagi KPLI selama setahun.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading 95 Penuntut Daftar KPLI, KPLI J-Qaf di IPG Kampus Temenggung Ibrahim

Previous
« Prev Post

No comments: