Kuching: Sarawak berdepan kekurangan lebih 1,000 guru sekolah
rendah dan menengah yang menyifatkan masalah serius dan perlu diberi perhatian
segera.
Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU), William Ghani Bina
berkata jumlah itu akan terus berkurangan berikutan ramai guru dari Semenanjung
memohon berpindah ke negeri masing-masing selepas enam tahun berkhidmat di
negeri ini, selain ada guru anak tempatan berpindah ke Semenanjung dan Sabah
mengikut suami atau isteri.
Punca lain adalah ramai guru bersara wajib dan bersara awal
kerana menceburi bidang lai. Langkah jangka pendek yang dipercayai dapat
mengurangkan masalah itu ialah dengan Melantik
Semula Anak Tempatan Pemegang Ijazah Perguruan dari Universiti Tun Abdul Razak
Sebagai Guru.
“STU banyak menerima aduan dan keluhan lepasan kursus
perguruan dari UNITAR di negeri ini yang sehingga kini masih menganggur dan
belum dilantik sebagai guru”, katanya kepada Berita Harian.
“Mereka bukan berasal dari kawasan terbabit dan mohon
berpindah selepas enam tahun bertugas di situ. STU berpendapat, salah satu cara
mengatasi masalah itu ialah mengambil lebih ramai anak tempatan dari suku
Punan, Penan, Kayan dan Kenyah menjadi guru dan menghantar mereka di kawasan
terbabit’, katanya.
Berita Harian, 2 Febuari 2012 'Atasi Segera Kekurangan Guru'
No comments:
Post a Comment