Powered by Blogger.

Wednesday, February 01, 2012

Guru Sekolah Rendah Bebas Tuduhan Seks Luar Tabii Dengan Pelajar

  NR       Wednesday, February 01, 2012

SHAH ALAM: Seorang guru sekolah rendah hari ini dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada dua pertuduhan melakukan hubungan seks luar tabii dengan seorang pelajar lelaki sekolah menengah di sebuah rumah di Rantau Panjang, Klang, empat tahun lalu. 

Hakim Slamat Yahya melepaskan dan membebaskan Badrul Akmal Ishak, 33, tanpa memanggilnya membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie bagi pertuduhan mengikut Seksyen 377C dan Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang dikenakan terhadap tertuduh.

Hakim itu berkata, mahkamah mendapati keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan terutama keterangan mangsa sendiri bertentangan dengan keterangan sokongan khasnya keterangan ahli kimia dan keterangan perubatan yang mengatakan tiada tanda-tanda mangsa diliwat.

Hakim Slamat berkata pakar bedah, Dr S. Manimaran, memberi keterangan bahawa tidak terdapat kesan luka pada dubur mangsa manakala Dr Chan Swee Sing yang memeriksa mangsa, juga mendapati tiada kesan atau tanda-tanda mangsa diliwat. 

Beliau berkata, ahli kimia P.Revathi pula menyatakan hanya DNA Badrul Akmal yang diambil daripada keratan kain dari biliknya, dan tiada DNA mangsa didapati di atas katil atau dalam bilik tertuduh. - BERNAMA 

logoblog

Thanks for reading Guru Sekolah Rendah Bebas Tuduhan Seks Luar Tabii Dengan Pelajar

Previous
« Prev Post

No comments: