Langkah mampu bendung
kegiatan pelacuran babitkan orang luar: Polis - Sekadar Hiasan
KUALA LUMPUR: Tindakan menghentikan pemberian visa ketibaan dan pas sosial kepada penuntut asing, membantu polis dalam membendung kegiatan pelacuran membabitkan warga asing, yang mendakwa menjadi pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) swasta di negara ini.
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Polis Bukit Aman, Datuk Abdul
Jalil Hassan, berkata langkah itu tepat dan pada masa sama, dapat membantu
polis mengekang kegiatan jenayah lain atau salah guna pas berkenaan bagi tujuan
maksiat.
“Memang sebelum ini kita bersama Jabatan Imigresen ada
membincangkan mengenai perkara ini dan berikan cadangan kepada Kementerian
Pengajian Tinggi (KPT), supaya menghentikan pemberian visa atau pas kepada
pelajar asing yang ingin memasuki negara ini, sebelum mereka secara sah
ditawarkan melanjutkan pengajian ke mana-mana IPT untuk elak mereka salah guna
pas itu.
“Jadi, dengan adanya pelaksanaan seperti ini, kita memang sambut baik kerana dapat membantu polis dalam menangani kegiatan jenayah dalam negara, terutama aktiviti pelacuran yang sering kali membabitkan warga asing, yang pada awalnya memasuki negara atas alasan untuk melanjutkan pengajian," katanya, di sini, semalam.
Beliau mengulas laporan media semalam, bahawa KPT menghentikan pemberian visa ketibaan dan pas sosial kepada penuntut asing ke negara ini, bagi membendung penyalahgunaan pas berkenaan.
Di JITRA, tindakan memberhentikan visa ketibaan dan pas lawatan sosial kepada pelajar asing, adalah penambahbaikan yang dilakukan kerajaan bagi menarik lebih ramai pelajar asing untuk belajar di negara ini dan bukan untuk melakukan jenayah.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pendaftaran dan Imigresen), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata ia adalah langkah yang baik untuk memastikan pelajar asing yang masuk ke negara ini, tidak menyalahgunakan visa dan pas sosial yang diberikan.
“Pelaksanaannya akan dilakukan oleh Imigresen bersama KPT,” katanya selepas Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011, Jabatan Penjara (Zon Utara 2), di sini, semalam.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, dilaporkan berkata, kementerian itu menghentikan pengeluaran visa ketibaan dan pas lawatan sosial kepada pelajar asing ke negara ini, bagi membendung penyalahgunaan dokumen itu serta mengawal kemasukan warga asing secara mudah.
Katanya, kementerian itu hanya akan mengeluarkan visa pelajar kepada penuntut asing selepas mereka menerima tawaran daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) kelolaan kementerian. – BERNAMA

No comments:
Post a Comment