Powered by Blogger.

Saturday, February 04, 2012

Pelajar Perempuan Ting 3 Masuk Hospital Dipukul Rakan Sekolah Salah Faham FB

  NR       Saturday, February 04, 2012
KANGAR: Seorang pelajar perempuan 15 tahun dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini selepas mengalami muntah-muntah dikatakan dipukul sekumpulan rakan sekolahnya akibat selisih faham menerusi laman muka buku.

Noor Haidaanis Norizan yang dimasukkan ke hospital awal pagi semalam jam 1 turut mengalami lebam di beberapa bahagian badan dan bengkak di kepala akibat kejadian tersebut kira-kira jam 6 petang kelmarin.

Mangsa mendakwa dipukul sekumpulan pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di sini ketika sedang berjalan pulang seorang diri berhampiran sebuah taman  perumahan di belakang sekolahnya.

“Mereka mengatakan saya cuba menggoda teman lelaki salah seorang rakan melalui laman sosial muka buku.

“Mereka bertindak kasar menampar, menumbuk, menendang dan menarik rambut saya. Kemudian muncul ramai lagi pelajar perempuan yang saya tak kenal turut bertindak sama,” katanya ketika ditemui pemberita di HTF di sini semalam.

Noor Haidaanis berkata, sebelum ini dia menerima ungutan daripada kumpulan pelajar sama yang dikatakan tidak puas hati dengannya kerana mempunyai ramai kawan walaupun baharu berpindah ke sini.

Katanya, dia sebelum ini bersekolah di Sungai Petani, Kedah dan baharu sebulan berpindah ke Perlis bersekolah dan menetap bersama neneknya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintenden Ismail Che Isa  mengesahkan menerima laporan mengenai kes itu daripada ibu mangsa serangan.

Katanya, siasatan awal mendapati empat pelajar sahaja terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah ugutan dan Seksyen 323 kerana bergaduh sehingga mendatangkan kecederaan. — Bernama, 2 Feb


logoblog

Thanks for reading Pelajar Perempuan Ting 3 Masuk Hospital Dipukul Rakan Sekolah Salah Faham FB

Previous
« Prev Post

No comments: