KUCHING: Status sebagai sekolah sukan memberi kelebihan kepada semua pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tabuan Jaya dan SMK Batu Kawa apabila mara ke pusingan kedua fasa kalah mati Pertandingan Sepak Takraw Lelaki 15 dan 18 Tahun Ke Bawah (TKB) MSSM Kuching 2012.
SMK Tabuan Jaya menghantar dua pasukan 18 TKB dan tiga pasukan 15 TKB, manakala SMK Batu Kawa menghantar dua pasukan bagi setiap kategori dengan setiap pasukan diwakili tiga regu.
Bagi jurulatih SMK Tabuan Jaya, Mohd Jamel Nusi, pasukannya dibarisi pemain-pemain berbakat yang dipilih dari seluruh negeri.
“Ada pemain yang dari Kapit, Limbang, Sarikei, Kuching dan bahagian-bahagian lain. Di sini, (SMK Tabuan Jaya) mereka menjalani latihan tiga kali seminggu,” katanya sambil menambah, sesi latihan tersebut adalah antara yang diselitkan dalam jadual persekolahan.
Antara pasukan mara ke pusingan kedua yang berlangsung semalam bagi kategori 18 TKB ialah SMK Tabuan Jaya (A/B), SMK Batu Kawa (A/B), SMK Bandar Kuching No.2, SMK Tunku Abdul Razak, SMK Demak Baru, SMK Tun Abdul Razak, SMK Lundu, SMK Sematan, SMK Santubong, SMK SHOAW, SMK Bau, SMV Matang, SMK Matang Hilir dan SMK Bako.
Sementara kategori 15 TKB ialah SMK Tabuan Jaya (A/B/C), SMK Batu Kawa (A), SMK St Joseph, SMK Tunaz, SMK Demak Baru, SMK Bandar Kuching No.2, SMK Matang Hilir, SMK Tun Abdul Razak, SMK St Thomas, SMK Sematan, SMK Santubong, SMK Padungan, SMK Padawan, SMK SHOAW.
Pertandingan akhir akan berlangsung hari ini di gelanggang berbumbung SMK Tabuan Jaya, di sini.
Pemain-pemain yang dipilih juga akan mengikuti latihan berpusat di SMK Bau bagi mewakili Bahagian Kuching pada pertandingan peringkat bahagian yang akan diadakan di Limbang.
- UB
No comments:
Post a Comment