Powered by Blogger.

Thursday, March 29, 2012

1,500 banjiri Karnival Jom Masuk U Parlimen Tanah Merah

  NR       Thursday, March 29, 2012

Ikmal Hisham Abdul Aziz bermesra dengan salah seorang ibu sambil diperhatikan pengunjung lain pada Karnival Jom Masuk U Peringkat Parlimen Tanah Merah di Tanah Merah, baru-baru ini.

TANAH MERAH 27 Mac - Lebih 1,500 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) termasuk orang ramai, membanjiri Karnival Jom Masuk U peringkat Parlimen Tanah Merah.

Karnival sehari yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Belimbing, dekat sini anjuran UMNO Tanah Merah dengan kerjasama Pesatuan Mahasiswa Tanah Merah (Permata) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Tanah Merah.

Ketua UMNO Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, karnival tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar lepasan SPM dan STPM mengenai peluang menyambung pengajian di peringkat matrikulasi, diploma dan ijazah.

Menurutnya, selain gerai pameran, sesi ceramah dan soal jawab turut diadakan bagi memudahkan pelajar mendapatkan maklumat secara teperinci mengenai bidang pengajian yang ditawarkan oleh institutsi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

"Antara IPT yang menjayakan karnival ini ialah politeknik, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kolej Matrikulasi dan sebagainya.

"Kita harap pelajar terdiri daripada anak-anak Tanah Merah dapat memanfaatkan karnival ini untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat bagi memudahkan mereka melanjutkan pelajaran ke IPT," katanya ketika di temui pemberita di sini baru-baru ini.

Hadir sama, wakil Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran, Muhammad Kassim Jaafar, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Kementerian Pengajian Tinggi, Ismail Nor Hassan Basri dan Exco Pertama, Mohammad Zulhilmi Mohd. Nawi.

Ikmal Hisham yang juga penaung Permata memberitahu, karnival tersebut merupakan julung kali dianjurkan oleh pihaknya dengan kerjasama Permata.

"Berdasarkan sambutan yang diberikan ini, pihak kami bercadang mahu jadikan ia sebagai program tahunan pada masa akan datang," katanya.

Sementara itu, seorang pelajar lepasan SPM dari SMK Ipoh, Nor Syuhada Shaari,18, berkata, program itu banyak memberi manfaat kepada dia dan rakan-rakannya dalam usaha mendapatkan maklumat peluang pendidikan di IPT tempatan.

"Karnival ini banyak memberi maklumat kepada saya mengenai peluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Jadi, saya berharap agar program ini dapat diteruskan pada masa akan datang," katanya.
logoblog

Thanks for reading 1,500 banjiri Karnival Jom Masuk U Parlimen Tanah Merah

Previous
« Prev Post

No comments: