Powered by Blogger.

Wednesday, March 28, 2012

66 Murid SK Mutiara Perdana Keracunan Makanan Minum Susu Soya

  NR       Wednesday, March 28, 2012

GEORGE TOWN -- Seramai 66 murid Sekolah Kebangsaan Mutiara Perdana di Bayan Lepas dekat sini mengalami keracunan makanan setelah meminum susu soya yang dibekalkan sebuah syarikat pengeluar minuman tempatan pagi tadi.

Kesemua murid-murid tersebut kemudiannya di bawa ke Hospital Pulau Pinang, Hospital Bayan Lepas dan Hospital Bayan Baru dan dirawat sebagai pesakit luar. 

Seorang murid, J. Thanighesh, 12, berkata susu itu berasa sedikit masam dan berbau aneh. 

"Saya rasa pening dan loya setelah meminumnya sedikit, jadi saya terus buang ke dalam tong sampah," katanya mengenai kejadian itu yang berlaku kira-kira 10 pagi tadi.

Pengarah Pelajaran Negeri, Ahmad Tarmizi Kamaruddin yang meninjau sekolah berkenaan berkata pihaknya telah menarik balik kebenaran yang diberikan kepada syarikat itu untuk membekalkan susu di seluruh Pulau Pinang berkuat kuasa serta merta.

Mengulas lanjut kejadian itu, beliau berkata seramai 481 murid Tahun Satu hingga Tahun Enam sekolah itu terlibat dengan 'Program Susu Soya Sekolah' tersebut.

"Pada peringkat awal hanya dua orang dilaporkan sakit perut dan muntah selepas meminum susu soya itu sebelum diikuti oleh ramai lagi murid lain," katanya. -- Bernama
logoblog

Thanks for reading 66 Murid SK Mutiara Perdana Keracunan Makanan Minum Susu Soya

Previous
« Prev Post

No comments: