Powered by Blogger.

Wednesday, March 28, 2012

Bekas Pelajar Politeknik Kota Kinabalu Maut Gantung Diri di Jemuran

  NR       Wednesday, March 28, 2012

KOTA KINABALU: Gara-gara tekanan hidup, seorang lelaki bertindak nekad membunuh diri dengan menggantung dirinya menggunakan wayar periuk nasi elektrik di rumah yang disewanya di tingkat empat, Taman Sri Maju, Menggatal dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.00 pagi itu, Andika Alam Usman Duri, 23, ditemui mati dalam keadaan tergantung di jemuran yang terletak di bahagian luar dapur rumah terbabit oleh rakan serumahnya.

Menurut sumber, mangsa yang juga bekas pelajar di Politeknik Kota Kinabalu sebelum itu pernah mengadu sakit dada kepada rakan serumahnya dan pernah beberapa kali menjerit kesakitan di rumah berkenaan.

Rakan-rakan mangsa yang risau dengan keadaannya juga pernah beberapa kali menasihatkan mangsa agar menerima rawatan di hospital namun dia enggan.

Kira-kira jam 5.00 pagi semalam, rakan serumah mangsa dikatakan ada terdengar jeritan mangsa yang mengadu sakit dada, bagaimanapun dia tidak menghiraukannya kerana sudah biasa dengan tindakan mangsa terbabit.

Bagaimanapun, kira-kira jam 9.00 pagi ketika rakan mangsa menuju ke dapur, dia terkejut apabila mendapati mangsa membunuh diri dengan menggantung diri di jemuran rumah berkenaan.

Ketika ditemui, mangsa dikatakan memakai baju-T dan hanya bersarung serta bersongkok dipercayai sempat menunaikan solat subuh sebelum membunuh diri.

Sementara itu, Ketua Polis Bandaraya, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Bagaimanapun, pihak polis masih menyiasat motif mangsa membunuh diri dan hasil siasatan juga mendapati tiada unsur jenayah dalam kes ini,” katanya sambil menambah mangsa telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya.

logoblog

Thanks for reading Bekas Pelajar Politeknik Kota Kinabalu Maut Gantung Diri di Jemuran

Previous
« Prev Post

No comments: