Powered by Blogger.

Thursday, March 29, 2012

IATA iktiraf KAYM kendali kursus penerbangan

  NR       Thursday, March 29, 2012

Saroni Judi (tengah) menerima sijil pengiktirafan IATA daripada Ismail Albaidhani pada Majlis Kongres IATA 2012 di Singapura, baru-baru ini.

MELAKA 27 Mac - Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) mendapat pengiktirafan apabila dilantik sebagai Pusat Latihan Bertauliah (ATC), Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) bagi mereka yang ingin menceburi dalam industri penerbangan.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Saroni Judi berkata, melalui pengiktirafan tersebut, KAYM menawarkan kursus dalam bidang penerbangan yang kini mendapat sambutan menggalakkan.

Menurutnya, sebagai permulaan seramai 20 pelajar pertama akan menjadi perintis memulakan kursus krew kabin bulan depan.

Beliau berkata, KAYM kini boleh dilihat sebagai institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang mempunyai kekuatan bagi memenuhi cita-cita pelajar meneruskan pengajian dalam industri penerbangan.

"Pengiktirafan yang diberikan oleh IATA kepada KAYM memberi peluang kepada pelajar yang ingin menceburi bidang penerbangan dan mencari peluang pekerjaan yang lebih baik.

"Kami melangkah maju ke hadapan bagi melakar kecemerlangan dalam industri pendidikan negara dengan pelbagai perancangan serta pelaksanaan strategik untuk menjadikan KAYM sebuah pusat kecemerlangan akademik yang terunggul di rantau ini," katanya.

KAYM menerima pengiktirafan tersebut daripada IATA pada Majlis Kongres IATA 2012 di Singapura, baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, Saroni mewakili KAYM menerima sijil pengiktirafan tersebut daripada Ketua Rakan Kerjasama Global dan Pembelajaran Inovasi IATA, Ismail Albaidhani.

Saroni menambah, kursus penerbangan tersebut ditawarkan di kampus induk KAYM, Bukit Sebukir dan juga kampus Bandaraya Kuala Lumpur di Kampung Baru.

Menurutnya, antara kursus yang ditawarkan ialah Airport Ramp Services, Ground Operation Management, Global Distribution System (GDS) dan Foundation in Tourism & Travel.

Katanya, KAYM menawarkan kursus-kursus yang diiktiraf oleh IATA bagi pelajar di zon selatan iaitu Melaka, Johor dan selatan Pahang.

Bagi mereka yang berminat boleh melayari laman sesawang www.kym.edu.my atau hubungi 06-2817732 untuk keterangan lanjut mengenai program-program yang ditawarkan di KAYM.
logoblog

Thanks for reading IATA iktiraf KAYM kendali kursus penerbangan

Previous
« Prev Post

No comments: