Powered by Blogger.

Thursday, March 29, 2012

Pelajar, guru disimbah asid

  NR       Thursday, March 29, 2012

KUALA LUMPUR 27 Mac - Seorang pelajar perempuan dan seorang guru wanita cedera selepas kedua-duanya disimbah cecair dipercayai asid ketika sedang menunggu bas untuk ke sekolah di perhentian bas Batu 17, Rawang, dekat sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, mangsa, Nuraqilah Osman, 14, dan S. Rani, 46, difahamkan dihampiri dua lelaki tidak dikenali tanpa menaiki apa-apa kenderaan.

Kedua-dua suspek kemudiannya dipercayai meragut seutas rantai emas guru sekolah tersebut sebelum menyimbah cecair berkenaan ke arah mangsa serta pelajar itu lalu melarikan diri.

Difahamkan orang ramai yang berada di lokasi kejadian membawa kedua-dua mangsa ke Hospital Selayang.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, pelajar itu melecur di bahagian belakang badan dan menerima rawatan pesakit luar di pusat perubatan berkenaan.

"Sementara itu, guru wanita tersebut pula menerima rawatan kecemasan berikutan keadaannya yang agak kritikal selepas melecur di muka, leher, tangan dan dada.

"Kedua-dua mangsa tidak dapat mengecam suspek-suspek berkenaan bagaimanapun mereka dipercayai berbangsa India," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
logoblog

Thanks for reading Pelajar, guru disimbah asid

Previous
« Prev Post

No comments: