Powered by Blogger.

Thursday, March 29, 2012

UUM terap cintakan keamanan

  NR       Thursday, March 29, 2012

Amir Izzudin Abdul Rashid (dua dari kiri) menyerahkan kain rentang tanda bantahan kekejaman Zionis terhadap rakyat Palestin kepada Timbalan Pendaftar UUM, Mohd. Zaini Nasri (dua dari kanan) di Kubang Pasu, baru-baru ini.

KUBANG PASU 27 Mac - Program Aman Palestin anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini baru-baru ini berjaya memberi pendedahan tentang kehidupan masyarakat Islam di Palestin, di samping menyuntik semangat cintakan keamanan dalam kalangan pelajar.

Yang Dipertua MPP, Amir Izzudin Abdul Rashid berkata, program itu bukan sahaja untuk mengingatkan pelajar tentang penderitaan rakyat Palestin tetapi juga mendidik mereka untuk sama-sama membantu memberi sumbangan melalui kutipan derma.

"Komitmen yang ditunjukkan oleh mahasiswa amat membanggakan apabila mereka sudi menghulurkan derma dan menandatangani kain rentang tanda bantahan terhadap kekejaman rejim Zionis terhadap Palestin.

"Malah, melalui penganjuran seperti ini juga, mengajar kita bersyukur kepada keamanan negara dan sebagai mahasiswa, kita perlu menggunakan kesempatan ini dalam memberi sumbangan untuk universiti, masyarakat dan negara," katanya ketika ditemui di Dewan Budi Siswa, Pusat Budaya, UUM Sintok di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Naib Yang Dipertua MPP, Siti Ruqayyah Abdul Razak pula mengucapkan tahniah dan berbangga dengan peserta yang mengambil bahagian pada program berkenaan.

"Program seperti ini perlu dianjurkan selalu untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa menjaga keamanan negara," katanya.

Pelajar jurusan Pentadbiran Mualamat, Muhammad Amin Ahmah berkata, pendekatan MPP mengadakan program itu perlu dipuji kerana mengingatkan mahasiswa tentang penderitaan masyarakat Palestin.

"Mungkin ada dalam kalangan kita terlupa tentang penderitaan masyarakat Islam di Palestin. Program ini membuat kita kembali sedar tentang peranan sebagai umat Islam untuk membantu orang Islam lain.

"Walaupun bantahan dan sumbangan derma dianggap kecil, tetapi ia cukup berharga untuk meringankan bebanan yang dihadapi mereka," katanya.
logoblog

Thanks for reading UUM terap cintakan keamanan

Previous
« Prev Post

No comments: