Powered by Blogger.

Tuesday, March 27, 2012

Sekolah Agama Rakyat Miri Terima Peruntukkan Tambahan RM12,000 Baiki Bumbung Sekolah

  NR       Tuesday, March 27, 2012

JALAN MERBAU, 24 Mac — Sekolah Agama Rakyat (SAR) Miri terus mendapat perhatian daripada Kerajaan Pusat melalui peruntukan tambahan sebanyak RM12,000 untuk membaiki bumbung sekolah yang sudah bocor.

Geran tersebut diberikan oleh Ahli Parlimen Miri merangkap Setiausaha Politik Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Geran tambahan itu diumumkan oleh Setiausaha Politik beliau, Datuk Sebastian Ting semasa majlis gotong royong SAR Miri pagi tadi.

Sebelum ini, sekolah tersebut mendapat peruntukan sebanyak RM30,000 untuk mengecat bangunan dan menukar tingkap bilik kelas yang sudah reput dan rosak.

Sebastian dalam ucapan ringkas memberitahu, kerajaan amat mengambil berat kebajikan sekolah dan sentiasa melakukan yang terbaik untuk memastikan mereka mendapat peruntukan bagi membaiki dan menyediakan kemudahan di sekolah.

Beliau turut mengingatkan pihak sekolah dan ibu bapa agar bekerjasama untuk menjaga kepentingan sekolah dalam usaha mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan selesa.

Guru besar sekolah, Fauziah Mokhtar Khan berkata, peruntukan tambahan sebanyak RM12,000 itu akan digunakan untuk menggantikan bumbung sekolah yang sudah bocor selain membiayai projek keceriaan sekolah.

“Kami amat berterima kasih dengan kerajaan dan Datuk Seri Peter di atas keprihatinan beliau menyalurkan peruntukan untuk membantu memulihkan kemudahan dan menceriakan sekolah ini,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurut Fauziah, setakat ini sekolah itu menempatkan 173 murid dengan lapan orang tenaga pendidik.

Credit to Miri Today, 24 Mac
logoblog

Thanks for reading Sekolah Agama Rakyat Miri Terima Peruntukkan Tambahan RM12,000 Baiki Bumbung Sekolah

Previous
« Prev Post

No comments: