Powered by Blogger.

Wednesday, March 28, 2012

Tuanku Muhriz dilantik sebagai Canselor Universiti As-Sofa

  NR       Wednesday, March 28, 2012

SEREMBAN - Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dilantik sebagai Canselor Universiti As-Sofa (UAS).

Watikah pelantikan itu dipersembahkan oleh Pengerusi Majlis Universiti Datuk Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin Al-Maliki kepada Tuanku Muhriz dalam satu majlis ringkas di Istana Hinggap, di sini.

Naib Canselor UAS Dr Yusri Mohamad berkata pelantikan itu memberi kuasa kepada Tuanku Muhriz untuk mempengerusikan Konvokesyen UAS di samping melaksanakan apa-apa kewajipan lain sepertimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan universiti tersebut.

Katanya UAS dibangunkan oleh Yayasan Sofa Negeri Sembilan dan ia ditubuhkan melalui Syarikat Gerbang As Sofa Sdn Bhd.

"Majlis pelancaran universiti itu akan disempurnakan oleh Tuanku Muhriz di Dataran Sentral di sini pada 7 April ini," katanya.- Bernama
logoblog

Thanks for reading Tuanku Muhriz dilantik sebagai Canselor Universiti As-Sofa

Previous
« Prev Post

No comments: