Powered by Blogger.

Sunday, April 01, 2012

Jaringan Melayu Malaysia Libatkan Sekolah Kempen Anti-LBGT

  NR       Sunday, April 01, 2012

KUALA LUMPUR - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) akan melibatkan sekolah-sekolah dalam kempen antiseks bebas lesbian, gay, bioseksual dan transeksual (LGBT) anjurannya.

Presiden JMM Azwanddin Hamzah berkata, sebanyak 30 sekolah di semenanjung bersetuju untuk turut serta dalam kempen menentang gejala LGBT yang semakin
menular di seluruh negara.

"Gerak kerja telah dilakukan hampir sebulan untuk melibatkan pihak sekolah dan ada PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) serta guru besar yang telah bersetuju untuk menyertai program ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program anti LGBT di Sekolah Menengah Kebanghsaan Miharja, Cheras di sini.

Azwanddin berkata, SMK Miharja merupakan sekolah pertama yang berganding bahu dengan JMM dalam kempen anti LGBT dan menerusi program ini diharap dapat memberi kesedaran kepada pelajar sekolah ini mengenai gejala LBGT

Beliau berkata, selain itu ibu bapa juga harus disedarkan mengenai isu ini dan sentiasa mengambil tahu dan memandang berat berat kegiatan anak-anak mereka
dengan rakan sebaya. - Bernama
logoblog

Thanks for reading Jaringan Melayu Malaysia Libatkan Sekolah Kempen Anti-LBGT

Previous
« Prev Post

No comments: