Powered by Blogger.

Sunday, April 01, 2012

RM87.1j Peruntukkan Bina, Naik Taraf Surau Sekolah di Seluruh Negara

  NR       Sunday, April 01, 2012

KUALA PILAH 30 Mac - Sebanyak RM87.1 juta diperuntukkan bagi melaksanakan pembinaan, ubah suai serta menaik taraf surau di semua sekolah menengah dan rendah seluruh negara.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, peruntukan di bawah Projek Insentif Luar Bandar yang terkandung dalam Bajet 2012 itu dijangka dapat menjayakan keseluruhan 849 projek dengan 260 melibatkan pembinaan surau sekolah baru menelan kos RM48.7 juta.

''Peruntukan ini juga akan melibatkan proses mengganti surau sebanyak 24 buah yang melibatkan perbelanjaan RM4.9 juta sementara 565 projek menaik taraf surau akan dilaksanakan dengan kos RM33.4 juta.

''Projek ini juga akan dilaksanakan di Sekolah Menengah Rantau, Rembau dengan kos perbelanjaan melibatkan RM200,000," katanya di sini hari ini.

Ditanya mengenai negeri yang mendapat peruntukan tertinggi dari segi pembinaan projek itu, Mohd. Puad memberitahu, sebanyak 334 projek akan dilaksanakan di Sabah manakala 222 projek lagi di Sarawak.

Jelas Mohd. Puad, menerusi projek tersebut, ia diharap dapat membantu pihak sekolah untuk melaksanakan pelbagai program melibatkan keagamaan selain aktiviti akademik.

''Dengan ada surau yang lebih selesa ini, para pelajar mempunyai tempat sesuai untuk menunggu sesi persekolahan di sebelah petang dan pihak sekolah boleh menjalankan kegiatan yang lebih bermanfaat,'' ujarnya.

Katanya, ia sekali gus memudahkan pihak sekolah untuk menjalankan kegiatan akademik dan aktiviti yang menjurus kepada pembangunan sahsiah dan pembangunan pelajar.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading RM87.1j Peruntukkan Bina, Naik Taraf Surau Sekolah di Seluruh Negara

Previous
« Prev Post

No comments: