Powered by Blogger.

Tuesday, May 22, 2012

Kematian Pelajar Semasa Banjir Kilat Lalu di Luar Jangkaan Pihak SMK Batu Lintang

  NR       Tuesday, May 22, 2012
Ying Gi, Pelajar Ting 6 SMK Batu Lintang Lemas Dalam Banjir Kilat 

KUCHING: Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan  Keluarga Datuk Fatimah Abdullah enggan memanjangkan kejadian yang melibatkan kematian seorang pelajar di SMK Batu Lintang susulan banjir kilat Januari lepas.

Menurutnya pihak sekolah telah mengambil langkah-langkah yang difikirkan wajar pada ketika itu.

Namun katanya, kejadian malang itu adalah di luar jangkaan pihak sekolah dan tidak adil jika pihak sekolah dipersalahkan.

“Daripada perspektif pengetua sekolah itu, beliau melihat ada di kalangan pelajar yang sudah berada di dalam sekolah dan ada yang belum sampai ke sekolah.

“Yang belum sampai, beliau (pengetua) menasihatkan supaya tidak perlu datang kerana pada hari itu adalah cuti dan mereka (pelajar) akan selamat di rumah.

“Pada pendapat beliau (pengetua), itu satu langkah yang sewajarnya diambil, tidak perlu datang sekolah kerana sekolah ditutup berikutan banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan DUN di sini semalam.

Terdahulu dalam ucapannya Fatimah yang menjawab pertanyaan daripada Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa) berkata pada hari kejadian  pihak sekolah telah mengambil langkah sewajarnya.

Usaha mengumpulkan pelajar di satu kawasan turut diambil untuk keselamatan pelajar.
“Kita turut merasa sedih dan amat bersimpati atas kejadian yang telah berlaku tetapi kejadian ini adalah di luar jangkaan kita,” katanya.

Fatimah ketika ditemui turut menafikan berlakunya diskriminasi wanita dalam Persidangan DUN seperti yang didakwa oleh dua wakil pembangkang DAP Violet Yong dan Christina Chiew.

Kedua-dua wakil DAP itu mendakwa berlaku diskriminasi wanita apabila tidak diberi peluang untuk mengajukan soalan ketika ucapan penggulungan oleh menteri-menteri. gan bagi kementeriannya semalam.

- UB, 22 Mei

logoblog

Thanks for reading Kematian Pelajar Semasa Banjir Kilat Lalu di Luar Jangkaan Pihak SMK Batu Lintang

Previous
« Prev Post

No comments: