Powered by Blogger.

Saturday, July 28, 2012

Lelaki Didakwa Merogol Wanita di Sebelah Sekolah Dibicarakan Semula

  NR       Saturday, July 28, 2012

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini kelmarin mengarahkan seorang lelaki tempatan dibicarakan semula di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan merogol seorang wanita.

Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum membuat keputusan itu terhadap Norhafizan Mohd Fairus selepas mendengar rayuan balas daripada peguam Arthur Bornie dan Timbalan Pendakwaraya Uma Devi Balasubramaniam.

Penghakiman itu dilakukan selepas mahkamah mendapati pertuduhan pindaan tidak dibacakan kepada tertuduh semasa prosiding perbicaraan dijalankan.

Oleh itu, mahkamah mengenepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan mahkamah rendah serta memerintahkan perayu dibicarakan semula di hadapan hakim Mahkamah Sesyen yang lain.

Norhafizan didakwa merogol mangsa yang berusia 19 tahun pada 13 Mac 2007 di sebelah SMK Tandek, Kota Marudu, antara jam 8 dan 9 malam di dalam sebuah kereta Proton.

Pada 1 April tahun lalu, perayu dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan empat sebatan rotan, selepas didapati bersalah melakukan kesalahan itu.

Untuk itu, dia didakwa mengikut Seksyen 375 (b) Kanun Keseksaan, yang boleh dipenjara sehingga 30 tahun dan juga sebatan.

Terdahulu, Arthur dalam hujahnya berkata terdapat pertuduhan pindaan yang dikenakan terhadap perayu, namun ketika prosiding berjalan, pertuduhan berkenaan tidak dibacakan kepadanya.

- UB
logoblog

Thanks for reading Lelaki Didakwa Merogol Wanita di Sebelah Sekolah Dibicarakan Semula

Previous
« Prev Post

No comments: