MIRI: Pihak Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lutong semalam melahirkan rasa bangga dan gembira dengan penyertaan dan kejayaan para pelajarnya yang mewakili kontinjen Sarawak dalam Sukan Malaysia (Sukma) Ke-15 di Pahang, baru-baru ini.
Kejayaan Dayangku Nurdiyana Awangku Tengah yang meraih pingat gangsa dalam acara taekwondo kata wanita berpasukan, amat membanggakan pihak sekolah.
Bahkan kejayaan Nurdiyana berkenaan turut membantu kontinjen Sarawak untuk mendapat tempat keempat secara keseluruhan dalam pungutan pingat di Sukma.
Selain Nurdiyana, tiga lagi pelajar SMK Lutong turut mewakili kontinjen Sarawak pada kejohanan yang sama.
Mereka ialah Awangku Muhd Fauzi dalam acara karate lelaki berpasukan, Kimberly Nelson dan Jordan Adam Tay yang masing-masing dalam acara golf.
Diharapkan kejayaan itu dapat memberi semangat dan dorong kepada pelajar yang lain agar turut menjadikan mereka sebagai contoh yang bukan sahaja akan mengharumkan nama sekolah, malah mampu mengharumkan nama negara kelak.
- UB, 26 Julai
No comments:
Post a Comment