Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia
Sejak keluar di akhbar minggu lalu, Isu halatuju graduan
pendidikan IPTS kembali hangat.
Facebook Pengajar dihujani
pelbagai komen, ada yang memberi cadangan, ada juga yang memberi
kritikan.
“Jangan Pilih Kerja” “Cari kerja lain” “Usah Tunggu” itu komen sesetengah yang MASIH KURANG
FAHAM mengenai isu ini. Apapun jangan anggap ianya satu penghinaan, anggap ia
satu cabaran. Maafkan mereka, perlahan-lahan mereka akan memahami mengapa kini
ramai yang berada di Group Pengajar.
Graduan ini tidak menunggu duduk sahaja, tetapi sanggup cari
kerja lain dan tidak pilih kerja.
Graduan Pendidikan Diarah Cari Kerja Lain tajuk Akhbar Harakah 7-10 Nov 2011 yang
lalu menjadi isu hangat episod pelajar UPSI yang tidak berada di bawah naungan
KPM.
Cuba anda bayangkan jika beribu graduan pendidikan UPSI diarah
cari kerja lain? Sebagai manusia yang berperikemanusiaan, apa yg anda komen,
“Jangan Pilih Kerja” “Cari kerja lain” “Usah Tunggu”?
Ketidakpuashatian mahasiswa UPSI lalu mengadakan piket di
perkarangan sudut Pidato universiti sebagai tanda protes dan diakhiri dengan
penyerahan memorandum tujuh tuntutan mahasiswa ISMP.
Akhirnya pada awal tahun 2012 ini ramai yang berjaya
menjadi “Guru Interim” sehingga banyak guru-guru di sekolah
terkejut apa itu guru interim? Guru Sandaran Tidak terlatih (GSTT) di sekolah
kerajaan dihapuskan bermula 2013 dan hanya ada Guru Ganti.
Agak menarik minat saya beberapa blog penuntut IPTA dalam
jurusan perguruan ini berkongsi pandangan punca pembekuan penempatan guru.
Apapun yang terbaru, isu guru IPTA lambat posting akhirnya diberi penempatan
bermula tahun 2013.
Lihat dari sudut positif kepayahan graduan demi segulung Ijazah
Saya tertarik dengan akhbar Berita Harian Edisi
Sarawak, 14 Oktober (Ahad) lalu bertajuk “Tinggal keluarga kejar ilmu”. Menariknya
berita ini dimana salah seorang graduan anak Orang Asli sanggup ikat perut demi
segulung ijazah.
“Hari ini saya sudah melunaskan impian ayah, tetapi bagi saya, kejayaan menamatkan pengajian tidak mampu membalas segala pengorbanan emak, ayah dan adik beradik lan” – Nurul Zainal Along Chik, Graduan UNIMAS
Mengimbas kembali ketika menuntut di universiti ianya pasti satu
pengalaman yang sangat berharga. Banyak pergorbanan yang kita sanggup buat
untuk mendapatkan segulung ijazah seperti anak orang Asli ini. Apupun mampukah
kita membalas segala pergorbanan emak, ayah, adik beradik dan mereka yang
membantu kita sepanjang tempoh pengajian tersebut?
Keselarasan Dasar KPM - KPT
Isu ini memerlukan keselarasan dasar antara KPM dan KPT.
Terdapat wujudnya percanggahan dasar antara pendidik sehingga tidak mengambil
kira kewujudan kursus pendidikan di IPTS.
Secara positifnya, saya sangat berterima kasih kepada kerajaan
kerana begitu mementingkan pendidikan. Namun, sebagai insan izinkan saya
berkata bahawa terlalu banyak pembaharuan yang diperkenalkan Menteri Pelajaran. Usaha Kementerian Pelajaran mengubah pendidikan negara akan mendapat maklum
balas yang berbeza daripada lapisan masyarakat sekiranya tidak dikaji dengan
teliti.
Saya bersetuju dengan kata-kata presiden STU "that he also highlighted the need for the education system to be reviewed and not to be created for the political benefits of certain parties" Menteri pelajaran kali ini akan berdepan dengan kemarahan mahasiswa di Unitar lebih-lebih lagi jika isu ini berlarutan dan tidak diselesaikan setelah bertahun lamanya.
Halatuju ISMP Masih Sama
Antara sebab saya membina blog ini supaya saya dapat menyimpan
berita-berita penting untuk dirujuk semula. Apa yang dapat saya katakan respon
daripada akhbar kami yang lalu kenyataannya masih sama seperti dahulu
dimana Exco Pemuda Umno, Jamawi Jaafar
keluar di Bernama pada 28 Oktober 2011 bertajuk "Pemuda
Umno Mahu Graduan Unirazak Diberi Peluang Berkhidmat Di Sekolah Luar Bandar
Sabah" (Berita boleh di rujuk DI SINI).
Bandingkan dengan berita di Utusan Borneo pada Sabtu, 20 Oktober 2012 lalu
bertajuk Beri peluang graduan IPTS jadi pendidik.
Apapun saya mengucapkan berbanyak TERIMA KASIH kepada Jamawi Jaafar yang
sememangnya banyak mengutarakan isu ini. Namun saya sedih pihak pengurusan
universiti tidak banyak memberi sokongan untuk tampil di akhbar apabila graduan
ataupun pemimpin lain seperti UMNO, STU, KGBS dan pengetua
sekolah yang turut menyokong sebelum ini mahukan graduan pendidikan di
Unitar diberi penempatan. Yang ada Dr. Mornie, OK I LIKE. Chief Executive
Institut Pengurusan Dinamik, Unirazak Pusat Wilayah Sarawak, Tuan Haji tu
tak nampak pun dia keluar ataupun saya tidak membeli news apabila beliau cuba
bersuara untuk graduan? News cerita benda lain adalah, tu tidak perlu cerita,
yang org sibuk cerita sekarang isu yang paling seram di muka bumi ini yang
ingin diketahui, nasib graduan dan bakal-bakal graduan pendidikan yang akan
datang. (Maaf ya, abaikan jika kurang bersetuju)
Gugurkan Kursus Ijazah Pendidikan di IPTS tahun hadapan
Saya masih ingat antara artikel yang saya tulis, Unirazak mungkin
patut menghentikan pengambilan pelajar program “Bachelor of Education
(Hons)"
"Jika AF9 adalah AF yang terakhir kerana mendapati rancangan ini KURANG RELEVEN dan mahu mengubah format, Unirazak wajar mencontohi pihak Astro untuk menghentikan pengambilan BED buat sementara waktu selagi program ini kurang bersesuaian, jika perlu nanti ditawarkan lagi lah"
Rosyam Nor pun beritahu rancangan “Pilih Kasih 3” adalah program
realiti teakhir. Dan saya juga bersetuju dengan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Tenom yang tampil di akhbar Utusan Borneo sabtu lalu “Jika pengangguran
tidak mampu ditangani, gugurkan Kursus Ijazah Pendidikan di IPTS”
Jika isu ini berlarutan dan tidak dapat diselesaikan, jangan
berani-berani nak iklankan program Bachelor of Education (Hons) ini lagi tahun
hadapan di IPTS berkenaan. Universiti bukan sekadar pencetak sijil! Gugurkan Kursus
Ijazah Pendidikan di IPTS tahun hadapan dan bantu graduan yang masih
menganggur.
Saya menulis kerana FAHAM
Ketika menghadiri temuduga Pengawai Perkhidmatan Perkhidmatan
Siswazah (PPPS) di IKM Kuching pada 23 September lalu
entah kenapa hati lelaki saya boleh mengeluarkan air mata semasa kompenen
terakhir temu duga kira-kira jam 2.45pm bersama tiga panel
wanita. Itulah kali pertama saya berpeluang untuk menghadiri temuduga untuk
menjadi seorang guru setelah hampir dua tahun lebih konvo. Sedikit sebanyak
saya berkongsi perjalanan hidup serta kepayahan graduan Unitar yang masih
tercari-cari halatuju.
Sejak dari itu saya sebenarnya malu, tidak banyak bercakap dan
gemar meluahkan di laptop. I keep on praying...dan mungkin saya temui sesuatu…apabila
kita boleh menangis untuk orang yang kita tidak kenali, itulah sifat
Tuhan.
Sebelum berakhir temu duga saya sempat berterima kasih kepada
panel kerana peluang yang diberikan untuk turut bersama ditemuduga. Saya tidak
minta untuk menjadi guru, tetapi saya hanya bersyukur saya dipanggil.
Ikhlas,
Igat, 24 Oktober 2012, 1.40am
*Lepas ini mungkin agak lama Igat meninggalkan fb ataupun blog
kerana tuntutan kerjaya. Apapun Terima Kasih kerana menyokong blog ini.
Teruskan bersama pengajar.info yang akan dikemaskini rakan admin. Igat akan
kembali lagi.
No comments:
Post a Comment