Powered by Blogger.

Sunday, October 14, 2012

SMV Miri Adakan Anugerah pelajar Cemerlang Pada 21 Oktober 2012

  NR       Sunday, October 14, 2012

MIRI: Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Miri bakal mengadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Majlis Graduan Projek Link dan Sijil Kemahiran Malaysia 2012 pada 21 Oktober nanti.

Majlis berkenaan akan berlangsung di Aras 1, Bangunan Sayap Baru Pusat Beli belah Bintang Plaza bermula pada 11 pagi hingga 1 petang.

Menurut kenyataan di sini semalam, majlis itu bertujuan untuk memperkenal SMV Miri sebagai sebuah pusat pendidikan dalam bidang vokasional di sini kepada masyarakat sekeliling.

Dalam pada itu, terdapat pelbagai pameran bagi mempromosikan Kolej Vokasional yang bermula pada 2013.

Anugerah yang disampaikan adalah untuk meraikan pencapaian cemerlang pelajar tingkatan 4 dan 5 dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

Selain itu, majlis juga sempena penganugerahan sijil tamat latihan untuk Pelajar Projek Link dan Sijil Kemahiran Malaysia bagi pelajar aliran kemahiran.

Sementara satu upacara penyerahan mesin dan majlis menandatangani nota persefahaman antara pihak SMV Miri dan Sarawak Shell Berhad (SSB).

Majlis bakal dirasmikan oleh Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Bahagian Promosi Pendidikan Teknikal), Datuk Len Talif Salleh.

Justeru, ibu bapa dan masyarakat setempat turut dijemput untuk menghadiri majlis gilang-gemilang berkenaan.

Sebarang pertanyaan mengenai majlis terbabit boleh berhubung terus dengan Tony Wilder Pemiak di talian 019-8787872 atau 085-431121.

- UB
logoblog

Thanks for reading SMV Miri Adakan Anugerah pelajar Cemerlang Pada 21 Oktober 2012

Previous
« Prev Post

No comments: