Powered by Blogger.

Tuesday, February 05, 2013

TESDEC Belanja RM9.1 Juta Meneruskan Program WTTP & INSEP

  NR       Tuesday, February 05, 2013
KUALA TERENGGANU 22 Jan. - Kolej Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (Tesdec) membelanjakan sebanyak RM9.1 juta tahun ini bagi meneruskan Program Transformasi Tenaga Kerja Teknikal (WTTP) dan Program Peningkatan Kemahiran Industri (INSEP).

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Tesdec, Che Razali Adis berkata, dua program berkenaan melibatkan pengambilan sebanyak 310 graduan dan 125 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Katanya, langkah itu bagi membekalkan lebih banyak tenaga kerja berkemahiran daripada kalangan anak negeri bagi industri tertentu di negeri ini.

"Terengganu menerima pelaburan asing dan domestik dalam tiga sektor utama iaitu bioteknologi, minyak dan gas serta perkilangan. Sehubungan itu, beberapa program kemahiran berkaitan bidang berkenaan dirangka.

"Kita berhasrat melakukan tujuh siri pengambilan tahun ini melibatkan kedua-dua program yang mana bagi program peningkatan kemahiran industri untuk lepasan ijazah dan diploma, Tesdec akan tawarkan beberapa kursus latihan.

"Antaranya Bioteknologi, Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, ISO 29001 untuk Industri Minyak dan Gas, Teknologi Silika, Maritime Ship Platform Design dan Off Grid Solar System," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

- Utusan Malaysia
logoblog

Thanks for reading TESDEC Belanja RM9.1 Juta Meneruskan Program WTTP & INSEP

Previous
« Prev Post

No comments: