Geografi merupakan kajian tentang lokasi dan variasi ruang dalam fenomena manusia dan fizikal di
bumi. Perkataan geografi diambil dari perkataan Inggeris yang berasal dari perkataan Greek
hê gê ("bumi") dan
graphein ("menulis" atau "menggambarkan").
Geografi juga merupakan pelbagai buku sejarah berkenaan bidang ini, khususnya
Geographia oleh
Klaudios Ptolemaios pada
abad ke-2.
Geografi lebih daripada pengkajian
peta. Ia bukan hanya menyiasat dimana kedudukan di
bumi, kadang kala digelar kedudukan di angkasa. Geografi mengkaji sama ada ia disebabkan oleh
manusia atau secara semulajadi. Geografi juga mengkaji kesan perbezaan tersebut.
Cabang Goegrafi
Geografi fizikal
Geografi fizikal adalah cabang geografi yang membincangkan tentang keadaan
fizikal bumi. ia membincangkan tentang:
- Bumi sebagai satu sistem
- Batuan
- Laut dan lautan
- Iklim
- Luluhawa
- Ekosistem
- Tumbuhan dan haiwan liar.
Geografi manusia
Aspek manusia pula merangkumi aspek ekonomi, politik, kebudayaan, meterologi dan ekologi bumi yang dipengaruhi oleh kegiatan manusia. Aspek manusia lebih tertumpu kepada
sains kemasyarakatan. Ini memberi penerangan tentang cara-cara manusia menyesuaikan diri dengan alam sekeliling dan kesan-kesan kegiatan manusia.Terdapat juga kajian dijalankan mengenai Penggunaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam Penilaian Harta Tanah Kediaman
[1] Terdapat beberapa bidang dalam Geografi Manusia. Antaranya ialah Geografi Bandar,Geografi Ekonomi, Geografi Politik, Geografi Sejarah, Geografi Budaya, Geografi Kesihatan, Geografi Perniagaan, Demografi, Geografi Agama dan sebagainya.
Geografi persekitaran manusia
Pada sekitar pelupur alam sekeliling (
environmental determinism), geografi ditakrifkan bukan mengenai pengkajian hubungan ruang, tetapi mengenai kajian bagaimana manusia dan alam sekitar berinteraksi. Walaupun pelupur alam sekeliling berkurangan, masih terdapat tradisi geografer yang menumpukan hubungan antara manusia dan alam sekitar. Terdapat dua cabang bidang geografi alam sekitar manusia: ekologi kebudayaan dan politik (
cultural and political ecology (CAPE)), dan kajian ancaman semulajadi.
Geografi sejarah
Geografi sains maklumat
No comments:
Post a Comment