Powered by Blogger.

Wednesday, July 27, 2011

Blok asrama lelaki SK Bukit Balai terbakar

  NR       Wednesday, July 27, 2011
BINTULU: Kebakaran yang berlaku di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Balai, Tubau telah memusnahkan sebuah blok asrama lelaki pada jam 7 malam kelmarin (22 Julai).
Malahan kebakaran itu turut memusnahkan dua unit kuarters berdekatan dengan tempat kejadian.
Polis daripada Balai Polis Tubau tiba semasa kejadian dan disusuli anggota bomba dari Bintulu tetapi kebakaran tidak dapat dikawal memandangkan jarak Tubau dari Bintulu yang jauh.
Difahamkan semasa kejadian berlaku, seramai 22 murid yang tidak balik pada hujung minggu masih tinggal di sekolah iaitu 13 murid lelaki dan sembilan murid perempuan.
Kesemua 22 murid berjaya dikumpulkan di padang sekolah iaitu kawasan selamat.
Pegawai Pelajaran Daerah Sebauh Tero Bayel berkata, sekolah itu dianggarkan mengalami kerugian RM180,000 untuk satu blok asrama saja.
“Kerugian ini tidak termasuk harta benda murid, PPMA dan guru yang terlibat,” kata beliau semasa melawat bersama rombongan PPD Sebauh ke SK Bukit Balai semalam.
Punca kebakaran belum dikenal pasti dan pihak Bomba Bintulu akan melakukan siasatan.
- UB
logoblog

Thanks for reading Blok asrama lelaki SK Bukit Balai terbakar

Previous
« Prev Post

No comments: