Powered by Blogger.

Wednesday, July 27, 2011

Murid 11 tahun menang esei untuk PM

  NR       Wednesday, July 27, 2011



KUALA LUMPUR 24 Julai - Seorang murid tahun lima muncul antara enam pemenang pertandingan menulis poskad dan esei pendek dalam talian yang dianjurkan sempena hari lahir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke-58, semalam.

Pija Shafiza, 11, dari Perlis ialah pemenang termuda pertandingan tersebut yang berkongsi kemenangan bagi kategori esei pendek bersama dua peserta dewasa, Yacob Pon Pon, 39, dan Lemuel Ong Chin Shan, 18.

Pertandingan anjuran bersama Akademi Digital Rakyat (ADR) dan Yayasan Media Sosial Malaysia itu dilancarkan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam selaku Pengerusi ADR pada 18 Julai lalu.

Menurut kenyataan penganjur, bagi kategori poskad kreatif pula, salah seorang pemenangnya juga pelajar iaitu Md. Amirul Md. Amidon, 15, dari Putrajaya.

"Dua lagi pemenang bagi kategori sama ialah Anizah Sahrin, 32, (Sabah) dan Nor Salim Mohamed Dawam, 36, (Kuala Lumpur)," jelas penganjur dalam lamanwebhttp://www.poskaduntukpm.com.my/result.


Tambah penganjur lagi, semua pemenang akan menerima hadiah berupa telefon pintar iPhone 4 yang akan disampaikan pada satu majlis tidak lama lagi.

- Utusan
logoblog

Thanks for reading Murid 11 tahun menang esei untuk PM

Previous
« Prev Post

No comments: