Powered by Blogger.

Tuesday, August 02, 2011

Set soalan peperiksaan percubaan UPSR, PMR & SPM mulai 2 Ogos di laman ADAP

  NR       Tuesday, August 02, 2011
Unit Pendidikan Utusan Malaysia akan menerbitkan set soalan peperiksaan percubaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai Selasa, 2 Ogos 2011.
Set soalan percubaan ini boleh didapati secara percuma dalam sisipan pendidikan e-Lab untuk subjek Bahasa Inggeris yang terbit pada setiap Selasa.

Manakala set soalan percubaan untuk mata pelajaran lain akan diterbitkan dalam sisipan ADaP pada Rabu untuk UPSR dan Khamis untuk sekolah menengah (PMR dan SPM).

Terdapat dua set soalan untuk setiap subjek bagi setiap tahap peperiksaan.

Maklumat lengkap tarikh terbitan adalah seperti yang tertera pada Jadual 1 namun tertakluk kepada perubahan.
Semua set soalan disediakan oleh guru pakar dan menepati kurikulum peperiksaan yang sebenar.

Set soalan yang sama akan dimuat naik ke laman sesawang www.adap.com.my seminggu selepas ia diterbitkan di akhbar Utusan Malaysia.

Bagaimanapun, untuk memuat turun set soalan dalam format pdf ini akan dikenakan bayaran.

Kadar bayaran adalah minima dan bergantung kepada pakej yang disediakan termasuk set soalan peperiksaan percubaan tahun lepas.

Maklumat terperinci boleh dirujuk pada laman sesawang tersebut atau dengan menghubungi Eksekutif Pendidikan, Fauzi Hamdan di talian 019-5716282.
- Utusan
logoblog

Thanks for reading Set soalan peperiksaan percubaan UPSR, PMR & SPM mulai 2 Ogos di laman ADAP

Previous
« Prev Post

No comments: